hari Jumaat aritu aku ader tgk citer WAYANG lakonan Eman Manan, Zul Huzaimy dan Mas Muharni kt TV2. Citer tu mmg best sbb jalan ceritanya yg lebih kepada cuba memperkenalkan wayang kulit pd generasi muda hari ni...Dan apa yang membuat aku lebih tertarik adalah, dahulu arwah atuk aku juga DALANG wayang kulit. Malah masa arwah masih hidup dia ada simpan dua karakter wayang kulit tp aku xtsure yg mana satu. Tak silap aku PAK DOGOL satu tuh..yg kedua tu xpasti....Masa kecik2 dulu bila tgk je mesti aku takut sbb rasa cm ada aura pelik je kt wayang kulit tuh..hehe..beselah perasaan yang bukan2 kan. tp apa yg aku dengar kalo kita nak men wayang kulit kena ada ilmu tertentu. Entahlah, yg tu aku kurang arif la plak..Kang tersilap cakap plak jadik mende lain...
Kalo citer pasal wayang kulit kt Kelantan ni yang paling terkenal adalah tok dalang yang berbangsa Cina tu. Nama dia Oye Hock Seng (aku google dlm tenet) tp pakcik tu mmg kawan baik la ngan arwah atuk aku. Masa arwah atuk aku aktif dlm wayang kulit dia slalu la jumpa pakcik cina tuh...Hinggakan bila arwah atuk aku meninggal pada tahun 2009, dua patung wayang kulit milik arwah diberikan pada pakcik tu. Jadi anak2 arwah atuk aku xde sorang pun yang berminat utk menyambung warisan dia. Lagipun atuk aku sendiri dulu pun dah lama berhenti jadi dalang wayang kulit. rasanya masa aku sekolah rendah dulu pun dia dah tak brapa aktif. Cuma paksu aku je yg aku tgk minat wat patung wayang kulit tuh...Banyak gak la koleksi dia. Skang ni aku tak sure plak dia still simpan lagi ke tak...
Papa aku yg berasal dari Johor pun sampai berminat gak ngn wayang kulit. Kalau ada je dengar ader org wat pertunjukan dekat ngn area Pasir Mas mesti dia pegi tengok ngn mama aku. Sonok dengar cerita2 yg dimainkan tuh.. Ader yg klaka ader yg cm drama serius gitu. Bila part Wok Yoh, Samad, Said dan Pak Dogol mesti kelakar. aku rasa watak2 tu yg menghidupkan dunia wayang kulit.
Tapi dengan kemajuan teknologi skang watak Wok Yoh, Samad dan Said skang dah dijadikan sbg karekter katun n sangatlah popular kt Kelantan. VCD2 dia org mmg laku lah..Okaylah utk pomot watak2 tuh supaya tak terus hilang dengan arus moden skang kan? Hehehe....
Nak citer sket asal usul wayang kulit (sumber dari wikipedia):
Wayang Kulit Siam (atau Wayang Kulit Kelantan) ialah sejenis kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Ia merupakan salah satu dari empat jenis persembahan wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Wayang Kulit Siam telah dikenal pasti sebagai jenis persembahan wayang kulit yang tertua di Malaysia. Selain itu, jenis wayang kulit ini juga adalah yang paling terkenal dan terpenting di Malaysia sejak dari zaman dahulu hingga kini.
Suatu ketika dahulu, kesenian Wayang Kulit Siam pernah mendapat sambutan hangat di kalangan orang-orang Melayu sehingga pengaruhnya telah tersebar dari Kelantan ke negeri-negeri jiran seperti Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak. Selain itu, kesenian ini juga pernah bertapak kukuh di empat buah wilayah di kawasan Selatan Thailand iaitu Pattani, Yala,Narathiwat dan sebahagian Songkhla, yang dahulunya merupakan bekas wilayah Kesultanan Melayu Patani.
Gelaran 'Siam' yang diberikan kepada kesenian wayang kulit ini adalah dipercayai merujuk kepada negara Siam (kini Thailand). Sejarah teknik pedalangan Wayang Kulit Siam dipercayai telah dibawa masuk ke Kelantan dari Kemboja melalui Thailand. Maka dari situlah, kesenian ini diberi nama Wayang Kulit Siam.
Selain itu, kesenian Wayang Kulit Siam juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan kerana sejarah asal-usul wayang kulit itu sendiri bermula di Kelantan. Masyarakat Melayu Patani di selatan Thailand pula menyebut kesenian ini sebagai 'Wayang Kelantan' atau 'Wayang Siam Kelantan' kerana kesenian ini telah dibawa masuk ke negeri Patani dari Kelantan. Di Pahang pula, kesenian ini lebih dikenali sebagai 'Wayang Pahang' yang dipersembahkan oleh orang-orang Melayu Kelantan yang berhijrah ke negeri tersebut.
Sejarah mengenai asal-usul Wayang Kulit Siam masih kabur dan kurang jelas hingga ke hari ini. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan bagi mencari bukti mengenai asal-usul kesenian ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori yang telah diutarakan oleh para pengkaji mengenai asal-usul Wayang Kulit Siam. Teori-teori tersebut adalah seperti berikut:-
Satu teori menyebut tentang Wayang Kulit Siam yang dikatakan berasal dari Thailand. Terdapat beberapa bukti yang menyokong teori ini. Di antaranya ialah nama wayang kulit itu sendiri iaitu 'Siam', ialah nama lama bagi negara Thailand. Selain itu, penggunaan bahasa Siam / Thai dalam persembahan Wayang Kulit Siam seperti pengucapan Mantera Maharisi oleh dalang juga menyokong teori tersebut.
Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati bahawa teknik pedalangan Wayang Kulit Siam sebenarnya berasal dari Kemboja dan telah dibawa masuk ke Kelantan melalui Siam (Thailand). Dengan ini, penggunaan nama 'Wayang Kulit Siam' itu sebenarnya menjelaskan tentang teknik pedalangan kesenian tersebut yang dibawa masuk dari Siam. Penggunaan bahasa Siam / Thai dalam persembahan Wayang Kulit Siam pula hanyalah sekadar pengaruh budaya yang biasa sahaja.
Teori lain menyebut Wayang Kulit Siam berasal dari Patani, bekas negeri kesultanan Melayu di selatan Thailand. Wayang Kulit Siam dikatakan telah berkembang dari Patani ke Kelantan ketika zaman dimana Kelantan masih berada dibawah pengaruh Kesultanan Patani. Selain itu, bentuk dan corak pakaian pada patung Seri Rama dikatakan ditiru daripada pakaian asal Raja-raja Melayu Patani pada zaman silam.
Namun begitu, para pengkaji mendapati bahawa kesenian Wayang Kulit Siam bukan berasal dari Patani, tetapi dari Kelantan. Kesenian ini dipercayai telah berkembang ke Patani ketika zaman dimana Kelantan berada di bawah pengaruh Kesultanan Patani. Dipercayai semua penggiat kesenian Wayang Kulit Siam yang hidup pada zaman tersebut telah mereka bentuk dan corak pakaian pada patung Seri Rama menyerupai pakaian asal Raja-raja Melayu Patani pada zaman silam.
Satu lagi teori mengatakan teknik pedalangan Wayang Kulit Siam dibawa masuk ke Kelantan dari Kemboja melalui Thailand. Namun begitu, hasil kajian mendapati bahawa bentuk persembahan Wayang Kulit Siam yang wujud pada hari ini adalah berasal dari Kelantan. Oleh itu, sejarah Wayang Kulit Siam bolehlah dianggap bermula di Kelantan.
Ini terbukti apabila sumber-sumber sejarah menyebut Wayang Kulit Siam yang pernah berkembang di negeri Terengganu, Patani, Pahang, Perak dan Kedah adalah dibawa masuk dari Kelantan. Tambahan pula, orang-orang Melayu Patani menyebut kesenian ini sebagai 'Wayang Kelantan' atau 'Wayang Siam Kelantan' di negeri mereka. Selain itu, persembahan Wayang Kulit Siam juga sentiasa disampaikan dalam Bahasa Melayu Kelantan tidak kira di negeri mana sekalipun ianya dipersembahan. Teori ini adalah yang paling popular dan diterima banyak pihak memandangkan terdapat banyak bukti yang ditemui bagi menyokong teori ini.
Pada hari ini, Wayang Kulit Siam hanya boleh ditemui di negeri asalnya iaitu Kelantan dan juga di Terengganu. Persembahan Wayang Kulit Siam dianggap sebagai salah satu seni kebudayaan yang terpenting di negeri Kelantan. Selain itu, kesenian ini juga boleh ditonton di beberapa buah universiti seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), dimana Wayang Kulit Siam telah diajar secara teori dan praktikal kepada para pelajar yang mengambil bidang tertentu. Sementara itu, persembahan Wayang Kulit Siam di negeri Pahang, Kedah, Perak dan Patani telah pun berkubur.
§
Oye Hock Seng - satu-satunya dalang Wayang Kulit Siam yang berketurunan Peranakan Cina Kelantan.
assalamualaikum azreen awak ada tak simpan gambar patung wayang kulit, kalu boleh saya mohon sangat nak tengok dengan detail sebab untuk tema lukisan saya pilih wayang kulit.
ReplyDeletewasalam. maaf la saya rasa takde kot gambar wayang kulit tu. tp saya xpasti paksu saya ada ke tak sebab dulu dia byk lukis karakter wayang kulit. cuma tak tau dia simpan lg ke tak. apa kata awk PM saya kat fb senang sket nk cakap ���� yusmanorazreeny
Delete