Tuesday, April 26, 2011

Panggilan Panjang 28/04/2011

well berbalik pada last post aku (iaitu semalam) aku kater nak citer pasal long col utk sesape yg xtahu tu kan?well aku nak citerlah nih..hehehe..kalo nak ditranslatekan ke BM memang la jadi Panggilan Panjang <---buruk bebenor hah bunyi nyer...

bg org layman (org biasa) mungkin pelik la dengar long call nih...yelah pemenda la long call ni...col telepon ke apa?mana tau makna dia gayut lama2...hahaha 
yg ni ley kot consider as long call..hahahaha

well apa kata kalo aku citer pasal apa itu chambering? sbb mesti ramai tak tau apa maksud chambering kan? bila aku ckp aku chambering mesti org akan tnya aku so bila nak grad? hah inilah perception sesetengah org...Yang sebenarnya chambering ni bukannya requirement university ttp sebaliknya requirement Majlis Peguam Malaysia supaya seseorang tu dpt menjadi lawyer..so tak de kaitan dengan universiti pun..Jadi kalo law student after grad nak chambering @ tak xjadi masalah...Kalo dia nak praktis so kenalah chambering 9 bulan kalo tak nak tak payah buat tp rugilah sbb xkan dpt lesen peguam tuh,...So chambering ni ato Latihan Dalam Kamar.........................................
sengaja aku wat dot2 tu panjang sbb at first place mesti kowang fikir kamar tu cmni kan?hahahahah..jawapannya teeetttttttttttttt. SALAH! Sebenarnya kamar tu bermakna bilik Hakim yg ader kt dlm mahkamah tu..Kiranya chambering nnti cuma boleh appear dlm Kamar Hakim atau mahkamah terbuka (open court) bg mahkamah majistret sahaja sepanjang 9bulan latihan...aderlah prosedur2 yg kena ikut sepanjang 9bulan tuh dan last skali bila dah habis baru la dipanggil LONG CALL.

so back to the real meaning of long call...sebenarnya LONG CALL ni bermaksud satu majlis utk student chambering (ato ley gak la sebut Pelatih Dalam Kamar/Praktikal) secara rasminya didaftar masuk sebagai Peguambela Dan Peguamcara oleh Majlis Peguam Malaysia. Bermakna selepas chambering/latihan di dalam Kamar selama 9bulan maka sah la seorang tuh jadik lawyer..so officially dia akan jadi lawyer and dapat lesen praktis dia..Begitulah...citernya
so dijadualkan Long Call aku adalah pada hari Khamis nih 28hb april 2011 depan Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi kat Mahkamah Tinggi Kota Bharu...sbb aku chambering kt Kelantan kan?



well memandangkan chambering kt kelantan so it's differ la kalo chambering kt KL..sebab kt Kelantan majlis LONG CALL dibuat macam kenduri kawen...siap ader khemah ngn makan2 la..Pastu budak cham kena sponsor makan..So aku sponsor lontong johor...nyum nyum
ini cuma perhiasan tp cmnilah rupa lontong Johor
huhu..penat betul dari minggu lepas smpai arini semata2 utk long call..dan kad jemputan sebanyak 300keping tu pun baru arini abes diedarkan...aku sendiri pun sampai demam2...Speech utk long call pun baru siap semalam..Punyalah panjang...Nak paste ke kat sini?Hmmm..Kang Panjang pulak post aku nih..Yg tu simpan utk next post bersama dengan gambar long call aku ye....Check it out!!
BYE BYE

Monday, April 25, 2011

Flu...Fever...Flu....

adoiyai..mendekati ari long col 28hb nih tetiba kena selesema la plak..ni mesti gara2 gi anto kad ke sume firm last week time panas2...alih2 minggu ni demam la plak...


penat wooo nganto kad2 tu sumer...walopun xsemestinya depa nak dtg time majlis tuh...Well bercakap pasal long call mesti la ada yg tak tahu pemenda la yg aku merepek ni kan? tp memandangkan aku tak capture lagi gmbor kad tuh nnti aku post pasal long coll tu ye...esok la...sebab nak amek kamera kt adik aku..dia bawak la plak gi asmara asrama penuh dia...hahaha

maaf la..memandangkan aku ni demam so aku bnyak la mengarut+otak mereng

so citer longcol termasuk la speech yg aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa

nanti aku post speech aku ye....

utk itu bye2 berita hari ini....



Monday, April 18, 2011

Syurga Cinta

 
 
Pada dada langit ku pahat anak mataku,
Biru warnanya terbentang ditemani awan memutih,
Wajahmu ibarat sebuah potret
Yang tergantung di kelopak mataku,
Biar hembusan lembut bayu meniup
Masih tak goyah teguh berpaut…

Rinduku terhimpun seluas langit terdampar dalam tatapan,
Cintaku terpendam sedalam laut yang berombak tenang,
Sayangku bermukim ibarat sejuta camar mencari jalan pulang,
Kasihku tak sirna ibarat cahaya mentari yang menerangi alam…

Kaki bersimpuh di permaidani berlatar Kaabah,
Sepuluh jari ku angkat, dua tangan ku tadah,
Kata ku susun menjadi sandaran keinginan,
Ayat ku tutur menjadi doa sekudusnya…

Pada Ilahi ku tagih rasa simpati,
Pada Yang Esa ku rayu rahmat dan nikmat,
Jika cinta di hati ini hadir memekar
Seiring cintanya aku pada Sang Pencipta,
Mohon disatukan hatiku dan hatimu
Di bawah lindungan kasih dan sayangNya,
Hingga ke syurga cinta ini mekar mewangi…



Wednesday, April 13, 2011

4-0 : Kelantan Tewas Pada Perak


 banyak blog dok citer pasal kekalahan TRW nih...aku pom bila tau je result tuh rasa cam alamak! Apa dah jadi ngn TRW nih? 4-0 tuh.....apahal ni bhai? sebelum ni okay je...Di mana masalahnya tuh? Di mana silapnya tuh? Dari tangga pertama liga terus jatuh ke tangga ke 4...Adoiyai...Ini salah satu berita yg tersiar dlm web:

Perak membuktikan bisa di gelanggang sendiri apabila membelasah Kelantan 4-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh. Kekalahan tersebut menyebabkan skuad Datuk M. Karathu terpaksa menyerahkan takhta liga kepada Selangor, yang menang 1- 0 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Lebih malang kekalahan tersebut menyebabkan Kelantan tercicir ke tangga keempat di belakang Selangor, Perak dan Terengganu. Pada pertembungan hangat di Ipoh, anak buah Norizan Bakar garang apabila meraih gol pembukaan seawal minit kelima menerusi gerakan solo Mohd. Fazrul Hazli Kadri.

Gol awal itu menyemarakkan pasukan tuan rumah sehingga menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-29 menerusi kerja keras Akmal Rizal Ahmad Rakhli, yang melakukan hantaran dari sebelah kiri sebelum disambar Mohd. Shafiq Jamal yang menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Perak memadam semangat Kelantan melalui gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh Akmal Rizal pada minit ke-80.

Pemain kontroversi, Razali Umar Kandasamy yang masuk selaku pemain gantian, menambahkan derita Red Warriors menerusi jaringan terakhir Perak, dua minit kemudian. 

credit to:



 Apa Kata Aku Hah ::::

rasa nak marah pun ada sebab prestasi yg tak konsisten...rasa bertambah marah jugak sbb kt fanpage The Red Warrior Network punyalah beria siap wat poll lagi berapa gol Kelantan akan belasah Perak...Dengan headline "Malah nok kecek besar. berapo result male ni? " Tp sebenarnya mmg kita sbg peminat TRW telah dengan riak dan takburnya mengatakan kita akan membelasah Perak dengan teruk mlm td. Sedangkan hakikatnya kitalah yg telah dibelasah sebegitu teruk skali dengan jaringan 4 gol berbalas 0. 

I'm not trying to judge the players but as a fan im a little bit disappointed with such performance. Sebabnya aku tahu TRW mmg hebat and mungkin juga boleh dikatakan mustahil untuk kita ditewaskan dengan jaringan sebanyak itu tanpa langsung menjaringkan gol untuk sebarang mata pada team Kelantan...

Ufff! Jadi di mana silapnya permainan mlm td hingga TRW tersungkur? Apakah kerana kita sebenarnya over confident lalu membuatkan kita memandang enteng pada pasukan lawan? Apakah kerana kita berasa kita sudah hebat hingga kita rasa kita tidak perlu bimbang dengan kehebatan pasukan Perak? Entahlah...

Aku rasa cm aku ni da jadi wartawan sukan plak...Hohoho..Bukan apa tak kira la Kelantan kalah ke apa ke aku still sokong lagi..Tak de mende la pasal malam td sebab kalah menang adat pertandingan. Cuma kita perlu wat post mortem  utk selidik di mana silapnya TRW....

Ader juga la yg komen katanya Khairul Fahmi dah tak releven lagi dlm TRW sbb cara dia cm dah tak bersungguh lagi. Puncanya aku pun tak tahu. Dan aku kalo boleh tak nak komen pasal ni sbb previously aku da komen ttg fenomena TsuFahmi dlm post aku sebelum ni slps Malaysia menang Piala AFF. Aku dah ckp da jgn bagi terlampau byk exposure pada pemain dari segi populariti sbb takut nyer nnti bila pemain kejar glemer, prestasi entah ke mana...Begitulah lebih kurang...hahaha..Malas nak citer balik benda yg sama..Hohoho...


Apa pun, aku masih ngefan sama TRW...And of course aku akan ke KL utk tgk game Kelantan v Selangor 13/5/2011 ni..Hehehe...Jadi sama2 la kite teruskan slogan "Gomo Klate Gomo" sambil kita renung2kan dan selamat beramal.....

Tuesday, April 12, 2011

BAB 1


 TAHUN 2000…
                Arianna menyorong basikalnya ke dalam kawasan rumah. Beg sekolah di dalam raga basikal di ambil. Beratnya! Omel Arianna di dalam hati. Mahu sahaja dia meninggalkan separuh daripada buku teksnya di dalam laci meja di sekolah, namun arahan Pengetua yang tidak membenarkan pelajar meninggalkan buku teks diterima dengan berat hati oleh Arianna dan semua pelajar. Semenjak kes berlakunya kehilangan buku teks yang ditinggalkan di laci meja, Pengetua mengambil tindakan seperti itu.
                Sebaik masuk sahaja ke dalam rumah mata Arianna melilau mencari sesusuk tubuh milik ibunya. Dihempaskan beg sekolah di sofa sebelum melangkah ke dapur. Kelihatan ibunya sedang asyik mengacau sesuatu di dalam periuk. Arianna mengetap bibir, cuba untuk tidak mengeluarkan suara. Kakinya terjengket-jengket merapati ibunya daripada belakang. Baru sahaja dia ingin mencuit bahu ibunya untuk mengusik, terlebih dahulu dia disergah oleh seseorang.
                “Hah…buat apa tu??”
                Arianna melompat terkejut. Puan Ainon mengurut dadanya. Reaksinya tidaklah sebesar Arianna. Arianna mencekak pinggangnya, memandang ke arah Arissa dengan wajah masam tanda protes terhadap perbuatan kakaknya. Arissa ketawa sambil memegang perutnya yang mula senak akibat ketawa.
                “Kenapa dengan along ni? Buat terkejut ibu jelah…”tegur Puan Ainon.
                Arissa tersengih. Tanpa suara dia menyebut perkataan ‘sorry’ pada ibunya. Puan Ainon sekadar menggeleng kepala. Arissa memang selalu begitu.
                “Eii…along ni kan! Nasib baik la adik tak ada heart attack tadi! Tiba-tiba je sergah orang macam tu!”marah Arianna. Dadanya masih berdebar-debar akibat terkejut disergah alongnya tadi.
                Arissa mencemik. “Eleh, terkejut konon. Kalau ibu nak tahu, tadi adik nak usik ibu, konon-konon nak buat ibu terkejutlah, tapi along dulu yang buat dia terkejut. Tu yang dia marah sangat! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,”beritahu Arissa.
                “Eh, mana ada! Jangan nak main tuduh-tuduh okay?!”dalih Arianna.
                “Tuduh apa pulak? Kalau tak kenapa masa masuk rumah tadi tak bagi salam?Hah, kenapa?”
                Arianna menjelir lidah ke arah Arissa. Tidak berpuas hati kerana kakaknya dapat menghidu rancangan jahatnya.
                “Mengakulah tu!”usik Arissa lagi.
                “Ibu tengok along ni!”adu Arianna sambil memaut lengan Puan Ainon manja. Puan Ainon sekadar tersenyum. Arissa dan Arianna memang sering bertelagah namun dia tahu kedua adik beradik itu memang gemar bergurau sebegitu.
                “Mengada! Dia kalau dah buat salah memang macam tu. Ibu jangan layan sangat adik tu! Dah besar pun nak manja-manja. Tak malu.” Arissa masih belum puas menyakat Arianna. Peluang sebegitu memang jarang diperolehi semenjak dia menyambung pelajaran di universiti. Sesekali mengusik Arianna yang manja terubat rasa rindu pada saat-saat manis ketika bersama keluarga.               
                “Sudahlah kamu berdua. Asyik bergaduh saja. Hah, adik! Pergi salin baju sekolah. Bau peluh adik tu dah melekat kat baju ibu tau tak?”ujar Puan Ainon.
                Arianna tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Arianna mencium pipi Puan Ainon sebelum beredar menuju ke biliknya. Sebaik menghampiri Arissa yang duduk di meja makan, Arianna yang nakal menarik tocang Arissa dan terus berlari.
                “Ouch….adik…!!!”jerit Arissa. Kedengaran suara Arianna ketawa di tingkat atas. Arissa merengus perlahan. Geram pula apabila tidak dapat membalas perbuatan nakal adiknya itu. Puan Ainon menggeleng beberapa kali. Macam-macam!
                Arissa mendandan rambut panjang milik Arianna dengan rapi. Rambut Arianna yang lurus dan hitam itu kelihatan cantik. Arissa juga mengimpikan rambutnya sebegitu. Rambutnya juga panjang seperti Arianna tetapi sedikit berombak. Mungkin juga Arianna mengikut genetik ibunya yang berambut ikal mayang, manakala Arianna menyerupai abah.
                “Along ada boyfriend?”laju Arianna bertanya sambil mengunyah kacang yang dibeli Arissa.
                Terhenti seketika tangan Arissa yang sedang menyisir rambut Arianna. Arissa mengerling ke arah ibunya yang kelihatan turut berminat untuk mendengar jawapannya. “Kenapa adik tanya?”
                “Mana tau kot-kot ada mamat Negro minat dekat along. Kat UIA kan ramai pelajar asing…”usul Arianna seraya bergurau.
                Sebaik mendengar kata-kata Arianna, Arissa dengan pantas menyekeh kepala adiknya itu. Arianna mengaduh kesakitan. “Sakitlah along!”rungut Arianna sambil menggosok kepalanya. Puan Ainon ketawa kecil.
                “Tak ada maknanya! Along kat sana nak belajar, nak dapatkan degree bukan nak bercinta!”sangkal Arissa.
Sememangnya itulah matlamat utamanya. Arissa ingin merubah nasib keluarganya. Apabila dia menggenggam segulung ijazah nanti, Arissa mahu membantu keluarga. Arissa tidak mahu abah dan ibu bekerja. Apatah lagi kerjaya abah sebagai jurutera pelantar minyak telah membataskan waktunya bersama keluarga. Tiga bulan sekali barulah mereka dapat berjumpa dengan abah.
                Mungkin ibu sudah biasa sebegitu, tetapi Arissa mahu mengubah rutin keluarga mereka. Biarlah dia pula yang bekerja sementara abah dan ibu menghabiskan masa bersama-sama. Inilah masanya untuk Arissa berbakti kepada abah dan ibu yang telah menjaga dan mendidiknya selama ini.
                “Ala…along kan boleh buat double-degree…”
                Suara Arianna memberi cadangan mematikan lamunan Arissa. “Double degree?”
                “Yelah…satu tu degree dalam bisness admin, satu lagi degree dalam perkahwinan!”
                “Adik ni!”
                Arianna ketawa, begitu juga Puan Ainon dan Arissa. Arianna memang suka bergurau. Keceriaan Arianna di dalam rumah itu yang menjadikan suasana lebih gamat.
                “Yang kedua tu tunggu lepas along habis belajar!”tegas Arissa.
                “Takkan sorang pun tak ada along?”tanya Arianna lagi.
                Arissa menggeleng perlahan. Arianna akan terus mendesak selagi tidak memperolehi jawapan. Arissa tidak tahu sama ada itu adalah kelebihan Arianna atau kekurangannya. Dalam mencari jawapan kepada pertanyaan Arianna, Arissa teringat sesuatu. Sejak akhir-akhir ini memang ada perkara yang mengganggunya.
                “Tak tahulah nak kata ada atau tak ada,”keluh Arissa perlahan.
                Puan Ainon memandang wajah keruh Arissa. “Kenapa long? Ada masalah ke?”soal Puan Ainon prihatin. Bimbang seandainya Arissa mempunyai masalah di universiti. Arianna turut memusingkan badannya menghadap Arissa yang duduk di sofa. Memasang telinga untuk mendengar cerita Arissa.
                “Kat u along tu adalah tiga orang lelaki ni suka kacau along. Rimas juga kadang-kadang. Kalau nak berkawan tu along memang tak kisah bu, tapi diaorang ni macam ada niat jahat. Tu yang along rasa tak selesa. Lagipun ada senior along bagitahu yang mereka bertiga tu memang ada masalah disiplin sikit. Dia pun tak galakkan along berkawan dengan budak-budak tu,”cerita Arissa.
                “Kalau macam tu along kena elakkan diri daripada berkawan dengan budak-budak macam tu. Kena hati-hati juga. Jangan pula sampai buat orang marah,”nasihat Puan Ainon, disambut dengan anggukan oleh Arissa. Dia tahu Puan Ainon bimbang kerana Arissa berjauhan dengan keluarga. Arissa perlu berdikari dan menjaga diri sendiri. Kerisauan Puan Ainon, Arissa anggap sebagai satu tanda kasih sayang seorang ibu.

Mengapa Harus Cinta - Prolog





Pada ketika ditetapkan di dalam hati hanya dendam buat lelaki bernama Ammar Afi, Arianna Sofea tidak pernah menyangka dia akan jatuh ke dalam perangkapnya sendiri. Dalam benci ada cinta. Dalam cinta ada kelukaan. Mengapa harus cinta tatkala dalam hati sudah tekad membenci? Mengapa dendam yang tersemat sekian lama kian terasing dalam hati? Mengapa cinta datang mengetuk pintu hati?

FEBRUARI 2008
Arianna mengacukan sepucuk pistol tepat ke muka Ammar Afi. Tangannya menggigil sambil memegang kemas pistol tersebut dengan kedua-dua belah tangannya. Ini adalah kali pertama dia memegang senjata itu. Rasa takut jelas menguasainya. Sepanjang hidupnya selama ini, Arianna tidak pernah terfikir suatu hari dia akan menggunakan juga pistol peninggalan arwah ayahnya itu.
                Arianna tidaklah mahir dalam menggunakan senjata merbahaya itu. Namun Arianna sedar sekali picu ditarik pastinya senjata itu akan memuntahkan pelurunya tepat ke arah Ammar Afi. Ke bahagian mana peluru itu akan terbenam Arianna tidak mahu ambil peduli. Apa yang penting bagi Arianna adalah melunaskan dendam yang sekian lama menjadi duri di dalam hidupnya.
                Ammar Afi yang terikat di kerusi masih tidak mengerti mengapa Arianna memperlakukan dirinya sedemikian. Rasa takut dan cemas bercampur menjadi satu, berlegar-legar di segenap penjuru mindanya. Persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran. Kenapa dan mengapa Arianna bertindak sedrastik ini. Wajah tegang Arianna yang masih memegang pistol ke arahnya dipandang. Kelihatan peluh yang mula memercik di dahi Arianna. Apakah wanita itu juga menyimpan perasaan takut?
                “Apa yang you nak buat ni Ari?”soal Ammar Afi berani.
                Arianna sedikit kaget mendengar pertanyaan Ammar Afi namun dia sudah bersedia. Pastinya lelaki itu tertanya-tanya motifnya yang sebenar. Apatah lagi selama ini Arianna tidak pernah menunjukkan sebarang perilaku yang menimbulkan kecurigaan. Arianna mengambil langkah yang sangat berhati-hati. Arianna bangga sehingga ke hari ini Ammar Afi tidak dapat menghidu niat jahatnya mendekati lelaki itu. Lakonannya yang mantap dapat memerangkap Ammar Afi yang buta dalam mainan cintanya.
                Arianna membongkokkan badannya, menghadap Ammar Afi yang terikat. Wajahnya setara dengan wajah Ammar Afi. Pistol di tangan dimain-mainkan ke pipi Ammar Afi. Ternyata Ammar Afi kelihatan gentar dengan perbuatannya. Arianna tersenyum jengkel.
                “Kau nak tahu apa yang aku nak buat? Betul ke kau nak tahu Ammar Afi?”soal Arianna pula. Sengaja bermain dengan perasaan Ammar Afi.
                Ammar Afi terkejut mendengar bicara Arianna yang kasar. Selama mengenali wanita itu tidak pernah Arianna berkelakuan kasar dan menakutkan seperti apa yang ditunjukkan di hadapannya kini. “Apa salah I Ari?”
                Mencerlang mata Arianna memandang Ammar Afi, menggambarkan perasaan marahnya sebaik sahaja pertanyaan itu diutarakan oleh Ammar Afi. Giginya diketap kuat cuba untuk meminimumkan perasaannya agar tidak meletus.               
“Kau nak tahu apa salah kau? Kau nak tahu apa yang kau dah buat?!!”tempik Arianna. Bergema suara Arianna di dalam rumah itu. Terangkat bahu Ammar Afi mendengar suara Arianna yang kuat. Terkejut melihat wajah berang Arianna. Satu sisi yang belum pernah Ammar Afi nampak malah tidak pernah terfikir Arianna sebegitu.
                Pandangan tajam Arianna terus menikam wajah Ammar Afi yang masih tergamam dengan perbuatannya sebentar tadi. Arianna merengus kasar lalu mengatur langkah menuju ke tingkap yang terbuka luas. Di sebalik jendela, pokok-pokok rendang memenuhi kawasan rumah tersebut. Rumah itu terletak agak jauh daripada rumah-rumah lain yang terdapat di kawasan tersebut. Disebabkan itu Arianna tidak risau tentang orang-orang kampung yang mungkin melalui rumah tersebut. Apatah lagi rumah tersebut sudah lama ditinggalkan maka orang kampung tidak berani ke situ. Takut hantu barangkali! Getus Arianna.
                Lontaran soalan Ammar Afi berpusing-pusing di mindanya. Sejauh matanya memandang ke luar jendela, sejauh itu jugalah fikirannya menerawang ke kisah silam. Cerita yang tersimpan rapi dilipatan hidupnya yang menjadikan Arianna seorang pendendam. Kisah yang telah membawa dirinya hingga ke rumah usang itu.


****actually citer ni da hampir nak habis da aku wat so aku decide utk post dlm blog...aku ni jenis yg ada idea baru tulis xkira la scene/bab tu yg tgh ke last ke..so nnti aku gabung..setakat ni citer ni dh 70% siap la sbb aku da ada klimaks dia n ending dia skali..cuma tunggu idea utk gabunngkan ke semuanya..So probably akan up 2bab every week...hopefully kawan2 akan enjoy..aku pun bukanlah terer pun menulis, just nak isi masa lapang saja ^_^

Monday, April 4, 2011

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2010

Well ABPBH da melabuhkan tirainya malam tadi…So aku nak wat review sket la drp apa yang aku tgk dari TV3 tu je…huhuhu…Secara overall aku berpuas hati la ngn keputusan mlm td, yelah nama pun undian daripada peminat kan? Sape ramai peminat dialah yg menang? Tak gitu? Cecite..Cecite…Hahaha

  1.  Artis Duo/Berkumpulan : 6ixth Sense – aku terkejut bercampur happy sebab aku ingat MUH@Bunkface yg menang….Tapi apa yg aku perasan mmg 6ixth Sense tgh popular skang ni. Byk kot drama guna lagu diaorg utk tema… 
  2. Pelakon TV Wanita : Fasha Sandha – aku tak terkejut memandangkan sejak tahun lepas hingga tahun ni byk drama dia kt tv cm citer Chinta dgn Samson & Delaila. Well dia makin cantik pas clash ngn Jejai. What say you? 
  3. DJ Radio : FBI – as expected..ahaks 
  4. Pelakon Komedi Wanita : Norkhiriah – aku mmg suka ngn dia sejak dulu, talented 
  5. Kumpulan Nasyid : Rabbani – xde sape kot ley challenge depa nih..hehehe
  6. Pengacara TV : Aznil Hj Nawawi – masih ramai rupanya peminat Aznil ye.Aku ingat Zizan akan menang. Maybe next year! ;)
  7. Artis Baru Lelaki : Shahir – dah dijangka sbb dia ramai peminat pompuan…Hahaha but of course not me
  8. DJ Radio Wanita : Fafau – stakat ni de sape ley challenge dia
  9. Pelakon TV Lelaki : Remy Ishak – cik abang Hindustan kita ni mmg ramai peminat wanita…Hehehe aku pun minat gak ;)
  10. Pengacara TV Wanita : Fafau – kerana Melodi nama dia naik, bila dah tinggalkan Melodi rasanya sapa pula ye? Cheryl? Atau Dira? Hmmm kita tunggu next year!
  11.  Pelakon Komedi Lelaki : Zizan – seperti dijangka sbb popularity dia yg semakin meningkat. Tp ucapan dia siyes giler n muka nak nangis...Hehe aku ingat dia nak bg speech yg klaka...
  12. Penyanyi Lelaki : Faizal Tahir – Seperti biasa susah nak challenge FT nih…Bila plak Black nak menang?
  13.  Pelakon Filem Wanita : Lisa Surihani – peminat kt fesbuk pun sejuta lebih mau tak menang? Tp bg aku honestly, lakonan dia xdelah mantap sangat tp mungkin sbb dia byk jadi heroin filem n cantik plak tuh so ramai la peminat. 
  14. Artis Baru Wanita ; Ana Rafali – Aku punya 1st impression adalah terdiam sekejap. Huhuhu, aku lebih suka kalo Adira yg menang. Suara Adira lebih bagus dr AR nih…masa bg speech hall pun senyap je xde sorak pe...kesian la plak...huhuhu 
  15. Pelakon Filem Lelaki : Shaheizy Sam – dah agak pom..Hahaha mmg the best actor with talent. Dan sangatlah comey bila dia sempat snap gmbar sendiri before nek stage…Hahaha
  16. Penyanyi Wanita : Yuna – thank God it’s her. Kalo AR mmg xley blah la kan…
  17. Anugerah Bintang Popular 2010 : Shaheizy Sam – aku mmg suka giler dia menang sbb kemenangan dia bukan semata2 kerana popularity atau pun kontroversi ttp disebabkan bakat dia yg begitu besar sbg pelakon yg akhirnya berjaya sehingga hari ini. Tahniah Sam! He just too sweet sbb bawak naik Mummy dia atas stage. And of course sgt klaka bila Mummy dia mengaku dia vote sam...Hahaha....By the way, kalo Zizan menang mesti havoc stage…hahahaha
PERSEMBAHAN ARTIS:

 1.       Azlan & The Typewriter : Jeritan Batinku – lagu tu mmg buat bulu roma aku meremang. Suara Lan mmg marvelous!! His voice never fails to capture my heart. 
2.       Farhan & Ning Baizura : Asmara – paduan suara yg bagus. Lama xnampak Farhan sejak AF4..Hmmm 
3.       Adira : Bunyi Gitar – She’s cute! 
4.       Altimet, Ana Rafali & Danie Hasbullah : Kalau Berpacaran – suara Danie tu mmg hampir sama dgn Suhaimi Meor Hassan. Wondering nape dia xde mlm td? And satu lagi aku mmg xfhm nape la sebutan si Ana Rafali tu cmtu hah? Org klate ckp “leweh”. 
5.       N.A.J.A.Z. : Pak  Hitam & Hore Hore - Lor mmg lawak la depa nih…Siap gelak tu time nyanyi…Hahaha 
6.       Anuar Zain : Sedetik Lebih – Merdunya suara AZ. Cm dgr lagu kt radio je…Mmg awesome! 
7.       Yuna : Gadis Semasa – xtgk persembahan dia sbb aku tukar channel lain..hahahaha 
8.       Alyah, Ella & Shima : Dua Insan Bercinta, Permata Biru & Gemilang – persembahan yg hebat. Cuma gaun leather Alyah tu cm pelik je n bintang idola tuh comey la…hehehe 
9.       Siti Nurhaliza : Bukan Cinta Biasa & Nirmala – Lor BCB versi Nobody…Creative!

EXTRA: 

1.       Sangat lawak part lagu opening Shira, Raja Azura dan Zizan bila CT tak masuk bertanding, ramai calon suka hati…dan2 nak peril org… 
2.       Klaka je bila Zizan tukar nama Shah Jaszle pada Shah Pistachio…kikiki..Pastu SJ, Aeril, Shannaz dan Kamal Adli tukar sebutan nama diaorg. 
3.       Lawak ‘selamat beramal’ tak pernah lekang dari Zizan baek Johan…Hahaha 
4.       Masa umum Remy Ishak menang, camera zoom kt Aaron Aziz…Lor how cute when he’d surprised being caught by camera while using his phone…Hehehe

Tp apa yg paling klasik skali dlm ABPBH mlm td adalah kemunculan Johan dan Usop Whilca utk umum sape ABP…Sememangnya penangan Hantu Kak Limah tak lagi surut2. Semua org terpengaruh dgn lawak santai Mamat Khalid dlm citer tuh…Aku kira fenomena HKLBR ni akan berterusan utk satu tempoh yg lama....Ader lg ke filem len pas ni yg blh buatkan sumer penonton terikut2 dialog n perbuatan sptmana HKLBR? Soley Soley...Soley Ley Ley...HAhaha...Usop Whilca tu mmg best arrr…Dan lagi dia suh penonton angkat tgn cm dia sape yg stuju dia yg announce pemenang tuh..Hahaha..Dah la lambat2 baca…Siap ckp huruf jawi derrr...Kikiki..Kalo thn depan bagi Johan, Zizan dn Usop Whilca yg mengacara ABP mesti gempak giler...Kite bako je...bako...Kalo Kak Limah ada skali mlm td mesti lagi happening....

Apa pun ABPBH mlm td mmg best giler especially part yg last tuh…Mmg sempoi dan tak keterlaluan aku ckp layak utk diberi standing ovation…And of course mmg klaka bila Sam tolak mummy dia yg dok atas whilca usop..That’s so sweet yet wonderful….

Sunday, April 3, 2011

Rudi Dalam Kenangan

Ajal Maut Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan....itu yang slalu kita cakapkan samada pada org lain mahupun pada diri sendiri..Bermakna kita harus redha dengan apa yg berlaku tnpa sekali pun cuba utk mempertikaikan apa yg berlaku dlm hidup kita ni...Kerana Allah s.w.t lebih mengerti apa yg terbaik utk setiap hamba-Nya. Dalam dua tiga hari ni aku asyik teringat dekat arwah, lalu aku ambil keputusan utk tulis di dalam blog. Kisah Rudi dan Wawa.

Aku masih ingat sebelum aku ke KL utk filing final paper long call kt mahkamah aku dh dapat perkhabaran tentang seorang sahabat Rudiyanto Bin Abdullah berada di HKL dan koma setelah menjalani pembedahan akibat barah otak..Malah ketika di KL pun aku masih lagi bercerita ttg Rudi dengan Siken dan Ain...Malah sempat aku ckp dgn Siken bila Siken bagitahu yg kalau Rudi sedar nnti mungkin dia akan mengalami stroke ato hilang ingatan....Aku bgtau Siken: "Yeke? Mcm dlm drama la plak..huhu" Siken sengih je kt aku...And bgtahu di Mekah nnti semasa menunaikan umrah akan mendoakan utk kesihatan Rudi...Amin...Moga Allah makbulkan doanya di sana....

Petang Rabu tuh aku terkejut bila Ain call aku mintak no Wawa (gf Rudi) sbb dia nak pergi melawat Rudi. Kata Ain, opis dia depan HKL je so ralat la kalo tak pergi tengok...Ttp memandangkan henfon rosak n byk no hilang so aku xde no Wawa...Dan hari tu berlalu begitu saja...

Hinggalah pagi Khamis tu semasa aku membuka akaun fesbuk aku, aku terkejut dgn heading PM Ain yg bertajuk Al-Fatihah...Aku berdebar2...Dan bila aku bukak je mesej tu aku terkejut...Kata Ain:  tau tak rudi dah tak de? Al Fatihah....Aku terkejut depan laptop..Lama gak la mcm tu sbb aku rasa mcm tak percaya...Balik dari lunch aku chat ngn Ain..Ain bercerita yg sms dia ke hospital petang tu, Rudi dah meninggal. Wawa menangis teruk giler, mata bengkak. Family Rudi lagi la sedih. Apatah lagi punca kematiannya bukanlah kerana barah ttp jangkitan kuman pada paru2...Allahuakbar...Allah Maha Mengetahui setiap segala kejadian....

Ain bercerita dgn aku kesedihan Wawa masa tu, dan aku sendiri menahan dari airmata mengalir. Namun dalam dada terasa sebak sgt sbb aku tahu hubungan Wawa dan Rudi bukan setahun dua tp sudah menginjak 6thn pada 1/4/2011. 

Ain kata masa jumpa Wawa tu, Wawa peluk dia kuat2 sambil nangis...Wawa ckp:

 'ain...rudi dah janji dgn wawa depan court...dia janji nak kawin dgn wawa...skrang mcm mana ain...rudi nak anak 4 org, wawa nak sorang ja...mcm mana ni ain...' 

bila baca je Ain tulis cmtu aku terus rasa nak nangis...Kesedihan Wawa masa tu mungkin xde sape pun dapat bayangkan, percintaan bertahun2 yg sepatutnya dipatrikan dgn ikatan perkahwinan akhirnya berakhir dgn pemergian Rudi...Ya Allah, kalau aku dlm situasi tu aku sendiri pun tak tahu apakah aku mmpu hadapinya...

Malah Wawa bgtahu yg diaorg dah plan xnak tunang, nak kawen terus je..smada tahun ni ato tahun depan...Tp Allah punya perancangan sendiri utk Wawa. Hajatnya tak kesampaian, impian Rudi juga tak terlaksana. Malah Wawa pun kata xde sape yg blh ganti tempat Rudi. Dan aku faham maksud Wawa. Susah utk lupakan seseorang yg sentiasa berada di sisi kita tika susah dan senang, yg memahami tiap kata n tingkah laku, yg sentiasa bersabar dgn kerenah dan telatah apatah lagi hubungan cinta itu pun berusia 6 tahun.Pasti byk suka duka yg dihadapi bersama.

Wawa ader citer kt Ain, before operation:

masa sebelum rudi operation, rudi solat jemaah dgn adik wawa manal sbab wawa xleh solat pastu after bg salam, rudi toleh kat wawa rudi cakap 'wa, kenapa muka awak bersinar2 mcm bulan?'

Memang sedih bila dengar Ain citer tp kesedihan Wawa yg dilalui sepanjang tempoh Rudi koma di hospital dan meninggal dunia mmg tak terbayang dek akal fikiran aku...Kesedihan seperti itu mungkin dpt meragut keyakinan Wawa utk hidup bahagia dgn org lain...Bukankah Wawa kata xde sape ley ganti Rudi? Aku tahu kelukaan di hati Wawa hanya masa yg dpt ubati cuma brapa lama itu yg aku tak pasti...Pada saat umur 27 thn kita kehilangan org yg tersayang apakah kita masih mampu utk mencintai org lain? Allahualam....

Ain citer yg before operation Rudi ada anta sms kt Wawa kta dia syg Wawa. Masa Wawa cuba tunjuk sms tuh, henfon Wawa hbs bateri. Dia marah2 kt fon tu kata fon jahat...Emosi Wawa masa tu dah xbrapa nak stabil n meracau2, tp aku fhm...Ain pun fhm..Dan aku percaya semua org akan fhm perasaan Wawa masa tuh...

Dan aku masih ingat sms aku baca notes Wawa dlm fesbuknya. Aku hampir menangis. Perasaan Wawa dan kebaikan hati Rudi terus meresap dlm hati aku. Dlm hati aku berdetik : "Berat sungguh ujian Allah buat Wawa dan Rudi..."

sepanjang hari selepas mengetahui kematian Rudi, aku asek terbayang kenangan di UIA.. Ya aku masih ingat bgmana ketika bertemu Rudi di AIKOL pasti aku akan panggil dia "RUDIYANTO!" sambil lambai2 tangan. Dia mesti sengih je....Aku juga masih ingat luahan Wawa di bilik dulu bila ada org yg tidak suka dia bersama dengan Rudi. Ada la ckp2 sumbang kononnya Rudi tidak sepadan dgn Wawa. Tp aku katakan pada Wawa:

"Kebahagiaan dan penderitaan tu kita sendiri yg rasa. Org lain takkan tahu apa yg ada dlm hati kita. Mulut org mmg tak ley nak tutup. Kalo nak ikut org smpai bila pun kita xkan hidup bahagia"

Wawa pun bersetuju dan mungkin sebab mengikut kata hatinya bahawa dia pasti bahagia bersama Rudi maka hubungan mereka ber2 kekal hingga kini. Malah sudah terbukti sebenarnya Arwah Rudi seorang yg baik dan padan dengan Wawa. Siapa mereka utk menentukan siapa yg layak dan siapa yg tidak layak utk kita? Happiness is to be pursuit, right?
 

Tapi itu cerita ketika di UIA dulu. Sekarang lain pula ceritanya. Sesungguhnya kematian perkara yg sukar dijangka apatah lagi ianya datang tiba-tiba...Namun itulah janji Allah... Setiap yg hidup pasti mati...Kita yg masih hidup harus teruskan kehidupan ni dgn ingatan bahawa satu hari nanti kita juga pasti mati. Cuma bila dan bagaimana sahaja yg menjadi rahsia.

Buat Wawa:  ini adalah ujian Allah utk melihat sejauh mana keimanan kita. Apakah kita di kala kehilangan seseorang kita mampu menerimanya dengan redha? Atau apakah kita akan mempersoalkan janji Allah pada hamba-Nya? Tidak salah utk merasa lemah dan sedih ketika ini, tp jadikanlah kedua2 perasaan itu sebagai kekuatan utk kita berdiri di masa hadapan. Allah punya perancangan utk kita, dan sesungguhnya nikmat itu pasti akan dpt kita fahami apabila kita sudah melepasi waktu getir ini. Mungkin senang utk berbicara dari mengalami sendiri namun Wawa jgn lupa, masih ramai kawan2 yg sentiasa menyokong Wawa. InsyaAllah, jika rasa cinta itu hadir kerana cintanya Wawa pada Allah s.w.t pastinya akan bertemu semula di pintu syurga.Insya Allah......