Semalam (25/5/2011) gi tengok NKTM kat Mid Valley. Kebetulan dah ada kt KL so amek kesempatan tgk citer tu dgn Siken waktu tayangan 5.45ptg smpai 7.30ptg...Well im just so lucky sbb kebetulan semalam rabu so ticket half price sahaja..Hahaha...
Habis je citer terus ke KL Sentral sbb tren aku kol 8.30 ~_^" So aku nak review sket (tak tau lagi panjang ke tak nk tulis..hahaha) pasal citer Nur Kasih tuh...
Well if you come with high expectation please lower down a little bit..Sebab NKTM bukan Nur Kasih the series. Memang berbeza dengan plot yang berlainan. Tapi dari segi emosi, YA masih sama...Dalam filem tu kita byk tengok scene yg cantik2 dan bak kata Nur "Cantik macam lukisan" dan Adam kata "Lukisan Allah".
So mula2 tuh ader la sedikit penceritaan ttg apa yg berlaku dalam drama supaya org yg tak pnah tgk series blh dpt sedikit idea apa itu Nur Kasih namun masih bukan secara menyeluruh. Kenapa aku ckp cmtu? Sebab si Siken tu pun asek dok tnya aku ni kenapa..tu kenapa...hahahha...so agk susah sikit kalo yg pergi tgk bukan peminat drama NK.
so aku cuma nak highlight beberapa scene shaja dlm NKTM yg bagi aku memang bagus dan yg penting sekali releven..:
1. Part Aidil kemas baju n dia terbayang Aliya tolong dia. Pastu Aliya bergurau dengan anak2 kt katil di mana Aidil senyum gembira. Dan tiba2 shja bayangan tu hilang dan Aidil menangis sendirian.
2. Part Ilyas (anak Aidil) ckp yg dia tido dgn Tok Wan tp dia boleh nk temankan ayah dia. Aidil ckp xperlu. Bila Ilyas ckp "Tapi ayah nak tidur dgn siapa?" (Part ni mmg sedih) Aidil terdiam n terus tgk buku2 dia. "Ayah tidur dgn buku2 ni" T_T
3. Part budak pompuan yg nak bgtahu feeling dia kt Adam tp Adam panggil Nur utk bercakap dengan budak tu. So budak tu xjadi tp Nur dpt agak. Nur ckp "hati2 bang" Hahaha, warning tuh!
4. Part paling tak ley blah adalah bila Adam jemput sorang ustaz utk ajar budak2 yg bermasalah tu, Ustaz tu menolak. "Matlamat tak menghalalkan cara" Aku rasa cm nak lempang je ustaz tu. Ajarlah slow2, bukan secara drastik. Ekstremis sgt ustaz tuh!
5. Adam mimpi Nur mati kena tembak. First aku ingat betul rupa2nya mimpi. tp related dgn apa yg berlaku kemudian bila dia org terlibat dengan kemalangan keretapi.
6. Adam peluk Nur yg tak sedarkan diri. Doa Adam "Ya Allah, Kau yg berikan Kebahagian, Kau yg berikan kesedihan, ambillah apa sahaja tp bukan Nur" - Doa Adam ni yg menjadi klimaks citer NKTM.
7. Adam hilang masa cari cincin Nur yg hilang masa eksiden. Aidil dtg tolong Nur and akhirnya jumpa Adam yg cedera (patah tgn dan kaki) sbb kereta terbabas dlm ribut pasir. Masa tu suara Rahim Razali ckp "ambillah apa sahaja tp bukan Nur" dan aku dpt agk yg Allah berikan Adam Nur tp Allah akan ambil nyawa Adam sebgai ganti. Huhuhu
8. Adam ada masalah jantung selepas kejadian letupan di Mumbai. Perlukan Penderma dgn segera. Bila Mamat pergi buat health screening aku dpt agak pasti budak lelaki tu yg akan derma jantung dia. dan aku teringat masa Adam ajar dlm kelas "derma sesuatu yg kita sayang lebih baik". dan mamat dermakan benda yg paling dia sayang - nyawa!
9. Bil perubatan mencecah puluhan ribu so Adam ajak Nur balik kg n jual rumah diaorg. Nur tak mahu sbb susah utk ulang alik ke hospital. Adam ckp xpyah ulang alik (mksudnya hentikan semua rawatan) dan Nur xsanggup. "Nur belum bersedia" dan Adam ckp "Abang dah sedia". Masa Nur nangis tu mmg sedih... ~_~
10. Muncul watak Datuk Rahim Razali yg memanggil nama Nur. Bila pusing je Afida Es. Masa ni Nur dah tua. Rahim Razali plak adalah Aidil. Pastu Aidil bacakan catatan yg Adam tulis masa dia sakit. Nur masa tu mcm tak ingat apa2. Alzheimer...
11. Adam menulis dlm buku. Bila Nur tnya Adam tulis ttg kisah dia dan Nur dari mula. Adam kta dia menulis utk anak dia. So sweet sbb dia nak anak dia tahu kisah dia dan Nur. ^_^
12. Bila Adam sakit, Nur takut. Dan adam ckp dia dpt melihat ketakutan di mata Nur sama seperti dirinya yg melihat tubuh Nur terbujur di padang pasir. Dalam masa yg sama Aidil kena pukul dgn Shafie yg dendam. Masa tulah Mamat dtg cuba selamatkan Aidil dan kena pukul dgn btg besi kt kepala. Dan aku tahu masa tu jantung mamat akan jadi milik Adam T_T
13. So part yg ujan kt kubur tu sbnarnya kematian Mamat. Dan Adam selamat. Pastu kembali ke zaman Aidil dan Nur yg dh tua. Masa tu Nur teringat yg dia nampak Adam(tua) kt bwh pokok. bila dia pergi Adam dh meninggal. So mereka bersama hingga hari tua mereka tp Adam yg pergi lebih dulu. Nur pula mungkin alzheimer lepas kematian Adam.
14. Aidil kenalkan anak2 dia pada Nur sbb Nur tak ingat. Ada sorang lelaki ni kt tingkap. Dari belakang nmpak cm Adam (Remy)..bila pusing rupa2nya Zain(Ruffedge). Nur pergi peluk Zain dan tengok Aidil. "Abang, yg ini Saif". Wow that was so touching that after she cant remember the whole family but after being told about her past she recognize her son with Adam undoubtedly..
So secara overall, NKTM mmg best la jugak... Walo pun ada part yg sedih2 tp xdelah smpai nangis..Tp aderlah beberapa org yg dok tepi aku dng Siken yg nangis...huhuhu...terlampau menghayati la kot...tp sbg penutup kepada drama aku rasa NKTM did a good job walopun pergerakan dr satu scene ke scene yg lain tuh agk cepat...Kadang2 terasa cm slow..tp drama dia pun cmtu gak kan? tp bagi cinta sejati Nur dan Adam it was so good but at last kena terima hakikat bhwa manusia akan mati juga satu hari nanti. tiada yg abadi kecuali Allah s.w.t.
Hmmm itu jelah kot...hhahaha...cm panjang plak review aku ni...Kikikiki...
No comments:
Post a Comment