Tuesday, May 17, 2011

Official Long Call 28-04-2011



Dah nak masuk sebulan aku long col baru la ley update dlm blog..
so dlm post kali ni nak citer pasal long col aritu...Adalah beberapa gambar yg sempat di snap dlm kekalutan dan keributan long col tu...

Ini masa tengah tunggu kat luar High Court 1...Sempat la snap gambar...

Gambar Family before masuk court

So basically, sepatutnya long coll tu dekat High Court 1 depan Tuan Zaidi, tapi sebab Yang Arif sakit tekak so tukar ke High Court 2 depan Tuan Azman la plak. So majlis tu lambat sket..Dah nak dekat kol 10 la masa tu..

Berdebar2 betul masa nak tunggu turn..Lagipun dia sebut ikut petition no. Aku yg 2nd. Bila dia sebut je Petition No: 18-372-2010 Yusma Norazreeny Binti Mohd Yusof, aku pun masuk and Puan Norah (mover lawyer) bacakan biodata aku...Aku ckp benda2 bese saja. malas nak tulis panjang2 tp 4m/s jugaklah..Masa tu dah berpeluh bagai la...

Bila Bar Council, Jabatan Peguam Negara dan Kelantan Bar comittee kata no objection rasa lega giler..Then Tuan Azman pun ckp aku didaftar masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara.. Masa tu Master aku Encik Wan Tariq datang kat aku n pakaikan aku robe tuh..Masa tu berair gak la mata sebab terharu+bangga..Ini kira convo 2x la...By the way, dlm court xley amek gambar so xdelah kenangan pakaikan robe tuh..huhu

Bergambar bersama dengan budak2 chambering yang lain..InsyaAllah bulan 6 ni diaorang plak long call

Bergaya sakan sampai lenguh lutu aku..ehehe

Semuanya black n white...Taik cicak..kikiki

Gambar Atas: bersama dengan Timbalan Pendakwa Raya
Gambar bawah: Adrisya dan Abirami (kerani Kelantan Bar)

Inilah muka2 junior lawyer...Dari kiri: Adrisya, Kak Mar, Aku dan Fauzi

Untuk long call ni 3 wanita: Aku, Adrisya dan Kak Mar...sorang saje lelaki Fauzi..^_^

Aku, Adrisya dan aku lagi..Hehe..menggayakan robe selepas long col

Amek gambar dengan Tasha dan Nadia after long col..


Memang penat betul utk long call ni..Bayangkanlah dah ada kat court dari kol 8 sampai la kol 4 lebih..Nak kena setelkan banyak benda..But alhamdulillah semuanya dah setel...Akhirnya aku jadi jugak seorang peguam after 2years grad dari UIA...Amin...

Ini adalah ucapan aku yang dibacakan oleh Puan Norah dlm court...Nak quote sikit saja 
(sikitlah sangat..haha)

Pempetisyen melahirkan rasa sangat bersyukur kerana pada hari ini beliau akan diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Dengan ini Pempetisyen mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada papanya, Encik Mohd Yusof Bin Hj Ab Rahim dan mamanya Puan Hasmoh binti Salleh serta ahli keluarga atas doa, sokongan, dorongan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang tempoh pengajian sehingga membolehkan Pempetisyen berjaya menempuhi dan melepasi segala dugaan dan cabaran untuk berada di sini pada hari yang bahagia ini.

Pempetisyen juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Master beliau, Encik Wan Tariq bin Wan Mohamed yang banyak memberi pendedahan pada dunia litigasi, Rakan Kongsi Tetuan Azhar Wan Tariq & Co., iaitu Encik Azharulmuin Bin Abdullah yang sudi memberi tunjuk ajar dalam mendalami ilmu perbankan dan konvensing dan semua kakitangan Tetuan Azhar Wan Tariq & Co., atas kerjasama dan tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan kepada Pempetisyen.

Pempetisyen juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala sokongan yang telah diberikan dan juga kepada peguam-peguam, para Majistret, Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, kerani Kelantan Bar Puan Abirami serta semua kakitangan Mahkamah atas segala kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.

1 comment: