penat betullah aku ngan isu racist yang tak ada kesudahannya ni...Makin lama makin teruk...Melayu hina Cina dan India...Cina dan India hina Melayu...Dah jadik timbal balik cam Piala Suzuki plak....Ada saja yg gatal mulut nak mengutuk bangsa lain secara terbuka kepada umum...Kesannya? Kemarahan yang mulai reda kembali membara...What the heck you people???
Aku tengok kan bangsa Melayu ni pantang bangsa lain mengutuk ato mengata pasal Melayu mulalah naik hangin...Nak suh mintak maaf la, dikenakan tindakan la, bwk ke muka pengadilan la...Macam2 lagi...Aku pun heran kenapalah org Melayu begitu bangga sekali utk mendarjatkan Melayu begitu tinggi ni? Sorry to say la ye, aku pun Melayu and of course bangga jadi anak Melayu tapi bukankah iman dan takwa itu yg menjadi kayu pengukur tingginya darjat kita di mata Allah?
Aku bila dengar ada bangsa lain mengata bangsa Melayu of course aku marah...Terdetik la dlm ati eh apasal la plak nak mengata2 Melayu ni? Dia orang ni tak sedar diri ke.....Tuuuuuuuuutttttttttttttt.....Hah kan dah jadik racist tuh....Mulalah nak cakap yg org cina balik cina...org india pegi balik india sana....Ya Allah! Dalam sedar tak sedar kita sebenarnya sudah bersikap perkauman melalui hati biarpun tak terluah di bibir....Dalam diam kita juga mendiskriminasi kaum2 lain....
kita xley ckp benda ni on one side only...Pasal isu racist ni skang mmg makin banyak...Kita marah & melenting bila ada bangsa lain menghina Melayu...Kita nak mereka diambil tindakan...Macam Namewee dulu punyalah smpai ke balai polis pasal v...id dia kt utube tu tp aku xpernah tgk pun sbb xminat...Well kalo betul la kita ni Melayu yg xbersikap racist kenapa isu Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Puan INsyah buat remarks perkauman pada student Cina dan India dgn mengatakan yg cina balik cina n india pegi balik india xde apa2 tindakan pun diambil pada dia...Isu tu senyap mcm tu saja..
Xde plak org Melayu tampil ke depan utk bawak pengetua tu ke muka pengdilan kerana bersikap racist? Sebenarnya tepuk dada tnya hati kita, apakah kita sbg bangsa Melayu tidak pernah bersikap perkauman? Dan kenapa isu perkauman ini tercetus di MAlaysia kalo bukan kerana masing2 mempunyai sifat itu dlm diri? Allahuallam
Bila isu pengetua tu aku bangkitkan adalah yg ckp mmg ader melayu yg bising sbb tu case close...Are u sure?Bukan sbb kita cuba melindungi kelemahan kita yg sebenarnya juga bersikap perkauman? tapi bising dan kuatnya kita mengadu domba soal pengetua itu pastinya tidak dpt menyaingi betapa kuatnya jeritan kita melatah bila bangsa lain mengutuk Melayu kan? itu pun satu diskriminasi jugak...bersikap tidak adil apabila membabitkan personal kita...
Dan jgn sesekali kita lupa Rasulullah menyelar seseorang yg berjuang demi mendaulatkan bangsanya berbanding menegakkan agama Islam...Isu mcm ni kita kena ada win2 situation....Mereka sebenarnya nak kita cepat melatah supaya mereka akan lebih berani utk bersuara ttg hak2 mereka...Jgn smpai peristiwa 13Mei kembali berulang hanya kerana kita masing2 mementingkan diri sendiri cuba melindungi kepentingan peribadi sdgkan masih ada yg non partisan menjadi mangsa ditengah2.....
Aku malas nak cakap lebih2 sebab ini adalah isu sensitif..Apa yang penting marilah kita sama2 menyelami hati masing2 dan bersikap lebih terbuka dalam menangani situasi ini. Elakkan menggunakan kata2 kesat utk mengeji dan memaki bangsa lain kerana itu hanya memalitkan lumpur ke badan sendiri yang pada dasarnya cuba memartabatkan bangsa melayu tapi kita lupa pada adat budaya dan sopan santun...Kita kan 1Malaysia, hidup berbilang kaun pelbagai budaya dan resam...Sudah lama menghuni bumi Malaysia sepatutnya kita lebih akrab dan saling memahami. Jangan mudah terpengaruh dengan provokasi2 dan mainan politik yg sebenarnya cuba memecah belahkan rakyat Malaysia....
Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat,oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat,oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
(L)
Verse 3
Bermulanya sekarang (P)
Perjalanan dilaksana (SEMUA)
Seia sekata sehati dan sejiwa
Bermulanya sekarang (P)
Perjalanan dilaksana (SEMUA)
Seia sekata sehati dan sejiwa
Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati
Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat,oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat,oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Berdiri teguh di bumi
No comments:
Post a Comment