Thursday, September 23, 2010

Noktah Cinta - Bab 2

BAB 2
“Indah! Indah!”
Indah Zuryna mematikan langkahnya. Matanya menangkap sesusuk tubuh yang semakin mendekati. Indah Zuryna mengeluh perlahan. Rasa menyesal terbit di hati apabila tidak sahaja meneruskan langkah sebentar tadi. Wajah ceria Arman yang sudah pun berada di hadapannya dipandang kosong.

“Kenapa ni Indah? You selalu mengelak dari I. I call atau sms pun you tak pernah nak reply!”luah Arman, sedikit kecewa dengan sikap dingin Indah Zuryna terhadapnya.
Indah Zuryna jadi geram dengan tuduhan Arman. “Excuse me Encik Arman Dato’ Zaidi, I tak pernah pun suruh you call I or even texting me okay? Apatah lagi nak jumpa dengan you. I tak pernah janji apa pun Arman!”

Indah Zuryna sememangnya rimas dengan sikap Arman yang sering mengganggunya tidak mengira masa dan tempat. Biarpun berulang kali Indah Zuryna memberi amaran pada Arman namun ternyata usahanya itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Kata-katanya langsung tidak memberi kesan atau sebarang hasil daripada menghalang lelaki itu dari terus mengacaunya.

“Ala Indah, janganlah macam ni okay? You pun tahu kan selama ni yang I suka kat you. You know that how much I love you Indah!”ucap Arman yang entah ke berapa kali, cuba meyakinkan Indah Zuryna tentang keikhlasan hatinya terhadap wanita itu.

Indah Zuryna merengus kasar. Bosan mendengar ucapan cinta daripada Arman yang tidak pernah jemu mengungkapkan rasa cinta. Bagi Indah Zuryna, Arman menyintai bukan sekadar dirinya tetapi apa yang dimiliki oleh Indah Zuryna. Apatah lagi, selama ini syarikat milik ayah Arman dengan Aryani Corporation sememangnya banyak menjayakan projek bersama malah keluarga mereka berdua juga cuba mengatur jodoh di antara Arman dan Indah Zuryna.

 Indah Zuryna tahu penyatuan mereka berdua tidak lebih daripada atas urusan bisnes semata-mata.Indah Zuryna melihat Arman tidak ubah seperti boneka ayahnya, Datuk Zaidi, supaya memikat dirinya supaya Tengku Badrul sudi menjalin perniagaan bersama dengan Mutiara Holding Sdn Bhd demi memantapkan lagi empayar perniagaan mereka.

“Jom la lunch sama-sama…”ajak Arman.
Lamunan Indah Zuryna mati. “I busy la Arman, lain kali boleh?”tolaknya.
“Janganlah macam ni Indah. You selalu tolak kalau I ajak you makan. Dahlah kita pun jarang jumpa. Apa salahnya kita makan sama-sama hari ni? Please…”rayu Arman bersungguh-sungguh.

Indah Zuryna memandang wajah Arman yang cuba meraih simpatinya. Indah Zuryna jadi serba salah. Sememangnya dia tidak betah menolak permintaan Arman berulang kali. Seandainya dia menolak kali ini bermakna dia membuka satu lagi peluang untuk Arman terus mengganggunya. Indah Zuryna jadi rimas jika terus-terusan begitu.

“Please Indah…”

Indah Zuryna mengangguk terpaksa. Arman kelihatan begitu gembira malah terkejut dengan persetujuan Indah Zuryna. Fikirnya tadi, seperti sebelum ini Indah Zuryna pasti akan menolak pelawaannya. Indah Zuryna membontoti langkah Arman menuju ke restoren yang berhampiran dengan pejabatnya. Di dalam hati Indah Zuryna berdoa semoga dengan menerima pelawaan Arman kali ini akan membuatkan Arman berhenti seketika daripada terus mengganggunya.

Indah Zuryna menyuap nasi ayam yang dipesannya dengan rasa malas. Mendengar celoteh Arman sahaja sudah cukup menjadikan perut Indah Zuryna sebu. Entah apa yang dikarutkan Arman pun Indah Zuryna tidak ambil pusing. Kebanyakannya adalah tentang hobi dan aktiviti lelaki itu di masa lapang di kelab-kelab malam. Indah Zuryna meluat. Sungguh meluat!

“Well Indah, I think you should come with me once a while. It will be more fun if you with me. Lagi pun bukan buat apa pun, just enjoy and had fun together…”

Indah Zuryna sekadar mendengar tanpa rasa minat. Malas untuk mendengar cerita Arman tentang keseronokan aktiviti-aktiviti liarnya itu.

“So, apa kata malam ni…”
“Arm, excuse me. I need to go to the ladies…”pintas Indah Zuryna lau beredar ke tandas tanpa sempat Arman berkata apa-apa.

Huh! Menyampah betul aku dengan mamat perasan tu! Tak habis-habis dengan parti dan kelab malam dia. Tak buat apa-apa konon. Dah pergi tempat macam tu dah tentulah ramai perempuan-perempuan seksi dan minuman yang beralkohol! Dia tu tak tahu hukum hakam ke?

“Gila!!”gumam Indah Zuryna sendirian.
“Sorry??”

Indah Zurynaa tercengang. Langkahnya mati. Di sisinya kelihatan seorang lelaki yang memandangnya dengan penuh tanda tanya. Indah Zuryna juga jadi hairan melihat lelaki tersebut. Dahinya berkerut memikirkan di mana dia pernah bertemu dengan lelaki itu. Terasa seperti dia pernah melihat lelaki itu di mana-mana. Di mana?
“Excuse me, but what just you said before?”soal lelaki itu sambil memandang tepat ke arah wajah Indah Zuryna. Cantik!

Kening Indah Zuryna terangkat. Jari telunjuknya dilekatkan ke dada menunjukkan ke arah dirinya meminta kepastian seandainya lelaki itu berbicara dengannya. Anggukan lelaki itu menjadikan Indah Zuryna semakin hairan dan bingung.

“What just I said?”soal Indah Zuryna kembali.
Lelaki itu tersenyum. “Tadi, you cakap….”
“Oh, tadi tu ke? I’m sorry but it’s not for you. Please don’t misunderstand it,” jelas Indah Zuryna laju menyedari apa yang cuba dikatakan oleh lelaki itu. Pastinya lelaki itu fikir perkataan gila yang terkeluar dari mulutnya tadi ditujukan kepadanya.
Lelaki itu mengangguk perlahan. “Okay, but still it’s not appropriate to point someone like that even though he is crazy!”

Indah Zuryna memandang ke arah lelaki itu yang tersenyum mesra. Apahal pulak lelaki ni? Nak komen-komen orang pulak! Bukannya aku cakap kat dia pun. Gumam Indah Zuryna. Indah Zuryna sempat menghadiahkan jelingan tajam ke arah lelaki itu sebelum beredar. Sengaja memperlihatkan kemarahannya terhadap kata-kata lelaki itu. Telinganya sempat menangkap tawa kecil lelaki itu. Mungkin gelihati melihat gelagat keanak-anakkannya. Lantaklah!

Langkah Indah Zuryna terhenti selang dua meja daripada tempat duduknya. Arman masih lagi setia menunggunya di situ sambil menjamu selera. Huh! Ini pun satu masalah jugak! Rungut Indah Zuryna. Dia tidak tahu samada dia mahu kembali ke meja itu dan terus mendengar celoteh Arman atau pun terus sahaja beredar meninggalkan Arman sendirian. Namun jika dia berbuat begitu pastinya meninggalkan tanggapan buruk pada Arman. Apatah lagi Indah Zuryna juga sebenarnya tidak tega berbuat begitu.

Baru sahaja menapak dua langkah ke arah Arman, bahu Indah Zuryna terlanggar seorang. Bahunya terasa sedikit sengal. Indah Zuryna lantas berpaling. Lelaki yang sama di hadapan tandas tadi sedang tersenyum memandang ke arahnya. Indah Zuryna mendengus perlahan. Dia lagi!

“Hmm…if I’m not mistaken, this is our third time bumping each other,”ujar lelaki itu sambil tersenyum. Sememangnya senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
“3 kali?” Dahi Indah Zuryna berkerut. 3 kali? Seingat Indah Zuryna ini baru dua kali, lagi satu kat mana? Indah Zuryna jadi keliru dengan kenyataan lelaki itu. Dia yang salah kira atau lelaki itu yang tersalah orang?

Melihatkan reaksi keliru wanita di hadapannya, Rifqi tersenyum sendirian. Dia sedar pastinya wanita itu sedang bingung memikirkan tentang pertemuan mereka yang ketiga berlaku di mana. Sedangkan wajah kelat Indah Zuryna dan lagak seriusnya ketika kali pertama bertemu dua minggu lalu masih terpahat kukuh di ingatan Rifqi. Wanita secantik Indah Zuryna pastinya sukar untuk dilupakan! Desis Rifqi.

“Wait a minute, awak cakap 3 kali? Setahu saya yang pertama kat tandas tadi dan yang kedua di sini. So baru 2 kali, mana lagi satu? Atau awak ni tersalah kira?”soal Indah Zuryna keliru.
“Mmm…it’s okay if you do not remember. By the way, I’ll look forward to see you again,”kata Rifqi lalu beredar menjadikan Indah Zuryna semakin keliru. Apatah lagi kata-kata terakhir lelaki itu seperti mengharapkan masih ada pertemuan yang lain.

Lelaki tu betul ke tak? Eii, macam-macamlah perangai orang lelaki ni!Rungut Indah Zuryna. Kakinya dihayun mendekati Arman yang masih setia di meja. Melihat Indah Zuryna melabuhkan punggung di hadapannya, Arman tersenyum senang.

“You buat apa lama sangat kat toilet? I ingat you dah tinggalkan I kat sini,”tegur Arman, bosan ditinggalkan sendirian sedangkan masih banyak yang ingin dibicarakannya dengan Indah Zuryna. Apatah lagi bukan senang untuknya mengajak Indah Zuryna keluar. Pasti bermacam-macam alasan yang diberikan Indah Zuryna.
“Err Arman, I nak baliklah nanti I ada meeting kat office,”beritahu Indah Zuryna membiarkan sahaja pertanyaan Arman sebentar tadi.
Wajah Arman yang ceria bertukar muram. “You ni kan selalu macam ni! Kita bukan selalu dapat keluar macam ni, dah tu you pulak sibuk-sibuk nak balik office. Banyak sangat ke kerja tu sampai tak ada masa nak temankan I?”bentak Arman tidak berpuas hati.
Indah Zuryna jadi serba salah. “Bukan macam tu Arman, lagipun I memang ada meeting hari ni. Please try to understand my situation... I’m sorry okay? Lain kali kita keluar lagi, okay?”

Arman memandang wajah cantik Indah Zuryna. Rambutnya yang panjang melepasi bahu disisir kemas mencantikkan lagi Indah Zuryna. Hatinya yang sudah terpaut pada Indah Zuryna pada saat pertama kali bertemu tidak pernah cuba difahami oleh wanita itu. Apa yang Arman inginkan Cuma pengertian Indah Zuryna bahawa dia benar-benar menyintainya, bukan semata-mata demi bisnes sahaja.

“Betul ni? You janji?”

Indah Zuryna diam seketika. Aduh! Terjanji la pulak. Perlahan-lahan Indah Zuryna mengangguk terpaksa. Arman bertukar ceria. Indah Zuryna mengeluh perlahan. Dia sedar Arman akan menuntut janjinya nanti. Ah, biarkanlah! Pandai-pandailah dia mencari alasan nanti. Fikir Indah Zuryna.

Indah Zuryna mengerling jam di tangannya, sudah pukul 2.30 petang. Langkahnya diatur laju menuju kembali ke pejabatnya yang terletak berdekatan. Indah Zuryna merapati Sofea penyambut tetamu di Aryani Corporation apabila wanita muda itu memanggilnya.

“Tengku, wakil dari Raya Bina dah sampai. Mereka ada dalam meeting room 2,”beritahu Sofea.
“Ye ke? Dah lama mereka sampai?”
“Dalam 10minit Tengku. Tengku Badrul pun dah ada bersama mereka. Cuma tunggu Tengku sahaja…”
“1o minit? Damn it, I’m late! It’s okay Sofea, thanks.”Indah Zuryna segera menuju ke bilik mesyuarat 2. Di dalam hati Indah Zuryna menyumpah-nyumpah kelewatannya yang di sebabkan oleh Arman tadi.

2 comments:

  1. lagi!!! lagiiiii!!! lagiiii!!!~

    huhuhuu.. sgt teruja.... \(^_^)/

    ReplyDelete
  2. hehe...kalo best jgn lupa terus support ye..tp citer ni saya tak hbs lagi tulis...yg bertulis pun di atas kertas so take time utk type balik... ^_^

    ReplyDelete