Monday, September 6, 2010

Ramadhan Dicemari....Katy Lim Menghina Allah



isu Katy Lim ni memang semakin lama semakin hangat diperkatakan....yelah dia telah sejelas-jelasnya menghina Islam dengan memburuk2kan nama Allah yg mana itu tidak boleh diterima sama sekali oleh Muslim...Dan aku juga agak terkesan dengan kata2nya itu memandangkan aku sendiri tidak suka isu racist dibangkitkan bersama2 dgn penghinaan nyata ini....

Aku cuma nak quote balik saja apa yg aku ckp kt Fesbuk sbb aku malas nak tulis balik benda yg sama yg aku nak ckp kt dlm blog aku ni....sbb aku tgk ader page utk Katy Lim dan byk2 komen yg mana kita yang Muslim ni turut mengeluarkan kata2 kesat terhadapnya...

Bagi aku soal Katy Lim ni kalau boleh jgn samakan standard kita dengan dia dgn menggunakan kata2 kesat....Tak kira la apa bgsa@agama yg penting kita sbg rakyat Malaysia kena hormat menghormati budaya dan kepercayaan org lain...Dlm Islam sendiri pun mengajar kita menghormati agama lain kan? Kalo kita dok mengata dia mcm2 kt sini pun xbagi efek apa2 pun..xpa...sal2 kurang pahala kita, bertambah dosa. Ingat, Allah itu Maha Mendengar & Melihat setiap perbuatan dan kata2 semua hamba2Nya....

Ader sorang sahabat yg mana ibu dia adalah Chinese iaiitu Jeffrey Efendi dlm fesbuk telah Minta rakan2 Muslim sekalian menjaga kesucian agama kita dengan bykkan bersabar dan menjaga budi bahasa kita..kita patut jadi bangsa yang dihormati..kita ada undang2..bapak saya melayu,ibu berbangsa cina.hina menghina agama & budaya org lain tak selesai masalah..Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajar umatnya menghentam agama lain..Peace..

Mungkin kita lupa yg dulu Rasulullah lagi hebat ujian dia ketika org2 kafir meghina ajaran Islam yg dibawa tp Rasulullah xpernah pula keluarkan kata2 kesat menghina mereka balik. Rasulullah cuma tunjukkan contoh2 akhlak yg baik utk membuatkan org yg menghina baginda merasa malu dan akhirnya terbuka menerima Islam.Bila aku baca apa yg Katy post kt fb dia aku pun marah. Sama seperti kwn2 lain fikir nak wat mcm2 utk hukum dia. Tp terfikir, kenapa ianya terjadi saat kita sdg berpuasa? Allah sedang menguji hambaNya. Maka pada Dialah kita berdoa, dan org2 Islam spttnya bersatu menentang secara berhemah, bukan dengan memberikan kembali apa yg telah diterima....


Aku pon ader membe2 yg chinese yg mana mereka menghormati aku as Muslims. before this masa keje kt legal firm (Amin-Tan)  yang majority adalah chinese mereka juga xde masalah pasal staf2 melayu nak bersolat. Big boss okay saja. Even of my chinese friend keep asking about Islam yg dia xfhm sbb dia free thinker tp xpernah sekali pun dia cuba menghina pegangan aku sebaliknya kami berdiskusi dgn cara berilmiah. Dia cuba memahami Islam dan aku menghormati pandangan dia ttg agama....Aku masih ingt lagi macam mana aku cuba menjelaskan ttg Islam pada Wilson yg terang2 mengatakan dia tidak pernah percaya pada mana2 agama tp sedikit pun dia tidak pernah menghina atau menyindir aku dan kepercayaan aku....

benda mcm ni kena ader give & take...kalo kita nak org hormat kita so kita pon kena hormat org lain gak...if dia xhormat kita jgn pula sesekali kita menyamakan standard kita dgn dia...hanya dengan kebaikan dan kesabaran sahaja kita boleh berjaya...Mcm Rasulullah...jgn hanya ikut sesetengah sahaja sunnah Nabi tp kita melupakan asas pada keperibadian Baginda yg sentiasa sabar dan berdoa pada Allah utk setiap musibah melanda..

So kesimpulannya, komen2 yg mengandungi kata2 kesat hendaklah dielakkan kerana ianya ibarat menuang minyak ke dalam api yg akan semakin marak...Biarlah kita bertindak secara berhemah yg menunjukkan kita ni lebih educated berbanding si Katy yg masih mentah dlm soal hidup ni...Walau apa pun biarlah pihak berkuasa yg tentukan bentuk hukuman dan semoga dia mendapat kesedaran di sebalik apa yg berlaku dan xkan mengulangi lagi kesilapan yg sama....

No comments:

Post a Comment