BAB 4
“Indah Zuryna?”
Indah Zuryna mengangguk. Dia tahu pastinya Rifqi pelik mendengar namanya. Sesiapa juga pasti akan merasa pelik setiap kali dia memperkenalkan dirinya. Indah Zuryna sudah lali dengan reaksi sebegini. Bukan hanya Rifqi bersikap sebegitu.
“Indah kerana ibu dan walid merasakan kelahiran saya perkara terindah dalam hidup mereka, Zuryna pula nama arwah moyang saya…”jelas Indah Zuryna.
Rifqi mengangguk perlahan. “Nice name. Unik!”puji Rifqi.
Indah Zuryna tersenyum senang dengan pujian Rifqi.
“Saya tak tahulah kalau awak sedar atau tidak tapi kita pernah beberapa kali bertembung. Dan ini adalah kali yang ke-empat…”
Indah Zuryna yang baru sahaja menyedut Iced Latte kegemarannya terhenti mendengar kata-kata Rifqi yang baru dikenalinya itu. Indah Zuryna memandang ke arah Rifqi cuba mengingati di mana dan bila dia bertemu dengan Rifqi. Seingat Indah Zuryna, Rifqi bukanlah salah seorang daripada klien Aryani Corporation, pekerja di situ juga tidak mungkin. Lelaki itu juga tidak pernah kelihatan di majlis-majlis makan malam yang pernah dihadirinya sebelum ini. Jadi di mana dia bertemu dengan Rifqi? Di mana?
Mata Indah Zuryna sedikit membulat. Keningnya terangkat. “Minggu lepas di restoren di Damansara? Depan tandas?”teka Indah Zuryna teruja.
Rifqi tertawa kecil sambil mengangguk mengiyakan tekaan Indah Zuryna. Senang memikirkan Indah Zuryna masih mengingati peristiwa tersebut. Indah Zuryna turut tergelak memandang ke arah Rifqi. “What a coincidence Rifqi. Sebab tu orang selalu kata dunia ni kecil saja.”
“Betul tu, dunia ni kan bulat. So what goes around comes around. That’s why we keep bumping each other for four times, right?” akui Rifqi.
Indah Zuryna senyum namun ada sesuatu yang menjadi tanda tanya di benak fikirannya mendengar kata-kata Rifqi. “By the way, it keeps pestering me when you said that this is our forth time. As what I do remember this is the third right?” Indah Zuryna masih lagi tidak dapat mengingati di mana lagi dia berjumpa dengan Rifqi selain daripada pertemuan di restoren tempoh hari.
Rifqi tersenyum. “Kali pertama di Tasik Titiwangsa…”
Dahi Indah Zuryna berkerut-kerut memikirkan peristiwa itu. Tasik Titiwangsa? Kali terakhir dia ke sana adalah dua bulan lepas ketika mamanya jatuh sakit. Senyuman terukir di bibir Indah Zuryna perlahan-lahan. Dia ingat kini. Petang itu sewaktu dia ingin ke hospital untuk menjenguk Tengku Faridah ada sebuah Mistsubishi Lancer berwarna merah menghalang keretanya daripada keluar. Agak lama menunggu membuatkan Indah Zuryna menendang kereta tersebut sehingga penggera berbunyi. Barulah pemilik kereta itu muncul dan cuba menjelaskan sesuatu namun Indah Zuryna tidak mahu mendengar kerana ketika itu dia hanya memikirkan mamanya yang sakit.
“Jadi you lah orangnya yang halang kereta I hari tu?”
Rifqi menangguk membuatkan Indah Zuryna tergelak. Indah Zuryna baru kini sedar betapa kecilnya dunia sehinggakan beberapa kali dia bertembung dengan Rfiqi. Namun apa yang kelakar adalah setiap pertemuan pastinya membuahkan pertengkaran di antaranya dengan Rifqi. Terasa lucu pula perkenalan mereka berdua terjadi sebegini.
“Rasa macam drama Melayu kan?”gurau Indah Zuryna.
Rifqi tergelak. “Kalau macam tu awak dan saya ni hero dan heroin Melayu la kan?” usul Rifqi pula seraya bergurau.
Kening sebelah kiri Indah Zuryna terangkat mendengar kata-kata Rifqi. “Eii, tak mahulah saya. Cerita melayu ni terlalu melankolik dan dramatik!”
“Ish ye ke macam tu? Tapi saya rasa tak semua macam tu kan? Memang la ada sesetengah drama dan filem kita lebih terarah kepada tema percintaan remaja namun ada juga yang menggambarkan kehidupan masyarakat kita yang dapat dijadikan tauladan kepada penonton. Ada juga filem-filem kita yang bermutu tinggi yang pernah memenangi anugerah dari luar negara. Itukan menunjukkan kemajuan dalam perfileman kita sudah dapat menyaingi filem-filem luar dan diiktiraf oleh mereka. Mungkin kita tak dapat menandingini kehebatan filem Hollywood tapi filem Melayu ada standard tersendiri. Kita sebagai rakyat Malaysia tak menyokong karyawan kita, siapa lagi yang nak memartabatkan filem kita kan?” ulas Rifqi panjang lebar menzahirkan pandangannya.
Indah Zuryna tergamam seketika sebelum mengukir senyuman manis. “Wow impressive! Cara you bercakap macam wakil FINAS pula,”kata Indah Zuryna.
Rifqi ketawa. “Well, dulu ada juga saya berminat nak jadi presiden FINAS tapi tak dapat. Sebab kecewa saya pilih bidang lain. Yelah, saya pun bukan pelakon popular untuk rebut jawatan tu kan?” gurau Rifqi pula membuatkan Indah Zuryna tertawa. Biarpun baru mengenali lelaki itu tetapi situasi sekarang tak ubah seperti mereka telah lama kenal. Rifqi bijak menjadikan keadaan mereka berdua tidak kelihatan janggal. Perasaan yang sama tidak pernah wujud apabila dia berbual dengan Arman.
Tawa Rifqi kendur. “So, enough of this…you sekarang buat apa? I mean kerja…”tanya Rifqi tidak mahu terus menerus berjenaka. Dia cuba mencipta perbualan yang lain, lebih serius daripada tadi. Cuba untuk mengetahui tentang diri Indah Zuryna pula.
“Oh, sekarang ni saya meneruskan usaha arwah ibu saya mengusahakan syarikatnya,”beritahu Indah Zuryna tanpa berselindung. Berbicara sejujurnya tentang dirinya.
“Wah ada syarikat sendiri! Impressive!”puji Rifqi.
Indah Zuryna senyum mendengar pujian ikhlas Rifqi. “Ala syarikat tu syarikat arwah ibu, saya cuma mengekalkan apa yang dah ada. Kalau tak, pastinya saya cuma executive biasa di syarikat yang lain.”
Rifqi memahami kata-kata Indah Zuryna. Bagi Rifqi sendiri pun memiliki syarikat sendiri sudah pasti dia juga menjawat jawatan tinggi seperti Indah Zuryna. Indah Zuryna bertuah kerana dilahirkan di dalam keluarga yang berada tidak perlu bersusah payah menjalani sesi temuduga dari sebuah syarikat ke syarikat yang lain. Indah Zuryna tidak perlu menghadapi penemuduga yang pelbagai kerenah. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu? Desis Rifqi.
“And you Rifqi? What are you doing now?”tanya Indah Zuryna pula.
“Saya taklah bertuah seperti Indah. Selepas habis study di UIA dulu, saya bekerja sebagai legal advisor di Paniran Holding…”
Indah Zuryna terkejut. “Paniran Holding? Tan Sri Mokhtar?”teka Indah Zuryna, ingat-ingat lupa. Bimbang seandainya dia tersilap tekaan. Anggukan Rifqi mengiyakan tekaan Indah Zuryna. Indah Zuryna tersenyum kerana tidak tersilap.
“Kenapa?”tanya Rifqi ingin tahu. Tidak terlalu pelik seandainya Indah Zuryna mengenali Tan Sri Mokhtar kerana Tan Sri Mokhtar memang berpengaruh dan terkenal dalam dunia perniagaan. Cuma reaksi Indah Zuryna yang menjadi tanda tanya.
“Actually sebelum ni Paniran Holding ada bekerjasama dengan Aryani Corporation dalam beberapa siri projek pembangunan di Bangi jadi I selalu juga berurusan dengan Tan Sri Mokhtar. Rasanya dah hampir setahun saya tak jumpa dia sejak last projek dengan company saya. Lagipun baru-baru ini ada juga Tan Sri Mokhtar usulkan beberapa kerjasama dan kemungkinan untuk kami bekerjasama sekali lagi adalah tinggi. Tapi itu semua masih dalam perbincangan…”cerita Indah Zuryna.
“Aryani Corporation? Jadi you nilah pewaris Tengku Zarin Aryani, Tengku Indah Zuryna?”duga Rifqi terkejut. Anggukan Indah Zuryna menambahkan lagi rasa terkejut Rifqi. Wanita di hadapannya kini adalah pewaris Aryani Corporation yang mempunyai aset berbillion ringgit di dalam mahupun di luar negara. Banyak syarikat-syarikat tempatan dan asing ingin bekerjasama dengan Aryani Corporation kerana pastinya setiap projek di bawah Aryani Corporation memberikan pulangan yang lumayan dan mampu menaikkan saham syarikat yang melabur. Malahan Indah Zuryna juga dikenali sebgai seorang yang sangat tegas.
“I never thought that I got to know you by this way, in this kind of situation…”kata Rifqi dengan rasa terkejutnya.
Indah Zuryna pelik mendengar bicara Rifqi tiba-tiba. “Kenapa? Is there any problem with that? I can’t see any…”
“Bukan itu maksud saya. Saya langsung tak tau awak siapa, status awak jadi saya takut kalau saya ada tersilap cakap atau kelakuan yang buatkan awak terguris ke apa. Mana tahu mungkin akan bagi effect pada kerjasama dengan Paniran Holding nanti,”jelas Rifqi meluahkan kebimbangannya.
“What do you mean by that Rifqi?”soal Indah Zuryna masih tidak memahami.
“Bukan apa cuma saya…”
“Cuma selepas tahu siapa I yang sebenarnya you patut melayan I dengan layanan yang berbeza? Begitu?”
Kesenyapan Rifqi seolah-olah mengiyakan kata-katanya. Indah Zuryna memandang ke arah Rifqi dengan perasaan sebal. Indah Zuryna jadi geram dan marah tiba-tiba. Semua orang memandangnya seolah-olah dia seorang yang perlu dihormati, sukar untuk didekati dan perlu dilayan seperti permaisuri. Mereka sentiasa berhati-hati dalam berbicara dengannya bimbang seandainya melukai hatinya. Apa yang mereka tidak sedar mereka telahpun mengguris perasaannya dengan berkelakuan sedemikian. Indah Zuryna tidak mengharapkan layanan sebegitu, cuma keikhlasan dalam setiap kata-kata dan tingkah laku, menerima dirinya seadanya.
Indah Zuryna bangun dari kerusi dan terus melangkah meninggalkan Rifqi yang tergamam dengan tindakannya yang mendadak. Tidak mempedulikan Rifqi yang memanggilnya Indah Zuryna menuju ke tempat letak kereta di luar bangunan Alpha Angel itu. Rifqi yang terkejut cuba mengejar Indah Zuryna. Rifqi keliru dan bingung dengan reaksi Indah Zuryna tiba-tiba memberontak tanpa mengetahui punca kemarahan Indah Zuryna yang datang seperti ribut tanpa sebarang petanda.
Indah Zuryna menekan alarm keretanya dengan pantas cuba untuk meninggalkan tempat itu seberapa cepat yang mungkin. Namun Indah Zuryna tersentak apabila lengannya dipaut dan tubuhnya dipaksa menghadap ke arah Rifqi. Indah Zuryna bengang diperlakukan sebegitu.
“What’s wrong? Did I say something that hurts you?”tanya Rifqi ingin tahu.
Indah Zuryna menolak tangan Rifqi yang masih memegang kemas lengannya dengan kasar. Rifqi agak terkejut dengan tindakan Indah Zuryna namun sedar mungkin wanita itu tidak menyukai kelakuannya sebegitu. Indah Zuryna memandang wajah keliru Rifqi dengan pelbagai rasa yang berbaur di hati.
“Please, did I say something wrong that makes you feel bad? If so I’m sorry okay…”rayu Rifqi.
“You know what Rifqi? You dengan yang lain sama saja, tak ada beza pun. Bila tahu siapa I yang sebenar semua jadi macam you!”bidas Indah Zuryna geram.
Rifqi masih tidak dapat memahami maksud sebenar Indah Zuryna. “Apa maksud awak ni? Apa yang sama? Saya tak faham!”
Indah Zuryna menangkat kedua-dua belah tangannya tanda tidak mahu mendengar apa-apa daripada Rifqi. “Enough! I heard enough from you Rifqi. Just leave me alone okay?”bentak Indah Zuryna lalu membuka pintu keretanya dam masuk ke dalam perut kereta dengan perasaan marah yang membuak-buak. Baru saha dia ingin menutup pintu kereta, tangan kekar milik Rifqi terlebih dahulu menahan pintu kereta itu. Mata Indah Zuryna mencerlang memandang ke arah Rifqi.
“I think I need to know why you behave like this! Is there anything that I said to you before makes you mad like this? I’m sorry and I hope this would not affect our co-operations in the future…”ujar Rifqi.
Indah Zuryna memandang ke arah Rifqi dengan perasaan yang membara. “You still doing it Rifqi!!”bidas Indah Zuryna garang lalu menutup pintu keretanya kasar. Pedal minyak ditekan dan terus meninggalkan Rifqi yang tercengang dengan kata-kata terakhirnya tadi.
Rifqi mengeluh hampa. Tanda tanya yang bermain-main di mindanya masih belum terjawab. Entah mengapa tiba-tiba sahaja Indah Zuryna naik angin dan memarahinya tanpa sebarang amaran. Malah memberitahunya sehingga ke akhir pun Rifqi masih mengulangi kesilapan yang sama. Tetapi apa yang salah? Rifqi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Arghhh!
ha.. haa.. tak tauu... salah ayat...
ReplyDeletepadan muka kene marah.. (^_^)v
apa yg salah ayat ni zyra? hehe...by the way setakat ni yg dah bertaip dlm laptop smpai bab 5 the rest manuskrip tu tertinggal kt umah akak kt btg kali...luckily akan ke kl 11hb ni so ley la gi amek tp it will take quite long time to upload bab 6 :)
ReplyDelete