BAB 5
Indah Zuryna memerhatikan para tetamu yang hadir di majlis pada malam itu sempena sambutan jubli perak Aryani Corporaytion ke 25 yang di adakan di ballroom Hotel Legend sambil memberikan senyuman mesra kepada yang menyapanya. Kebanyakan tetamu yang hadir adalah rakan bisnes dan klien yang pernah berurusan dengan Aryani Corporation. Indah Zuryna melihat ke arah tetamu-tetamunya yang hampir memenuhi ruang ballroom hotel tersebut. Kesemua mereka memakai pakaian yang elegan bersesuaian dengan konsep majlis pada malam itu.
Indah Zuryna sendiri memakai sehelai gaun yang direka khas untuknya oleh Radzuan Razwil pereka fesyen terkenal Malaysia. Gaun labuh sehingga ke paras betis dan dipotong serong dihiasi dengan manik-manik di hujungnya menambahkan keserian gaun malam berwarna peach tersebut. Apatah lagi potongan dada yang tidak terlalu menjolok mata dengan lapisan organza rona yang sama membuatkan gaun malam itu kelihatan elegan.
Tengku Badrul dan Tengku Faridah yang turut sama di dalam majlis tersebut kelihatan sibuk melayan para tetamu yang hadir yang mana kebanyakan mereka adalah kenalan lama mereka berdua. Tengku Farish juga asyik berbual dengan teman-temannya di satu sudut. Pastinya berbincang tentang bisnes, teka Indah Zuryna. Hanya Tengku Farawahida sahaja yang tiada pada malam itu kerana adik bongsunya itu mengikuti perkhemahan anjuran universitinya di Sungkai, Perak.
“Ai Indah termenung saja…”
Indah Zuryna tersentak dengan sapaan Arman dari belakang. Arman tersengih memandang ke arah Indah Zuryna. Dia terpesona melihat keanggunan Indah Zuryna pada malam itu. Rambut panjangnya di sanggul cantik dengan bahagian tepi dibiarkan berjuntai.
“Hmm…Arm tak sangka yang Aryani Corpporation dah merayakan jubli perak. Nampaknya makin gahlah company you Indah, makin dikenali di Malaysia dan luar negara. I think the stability of the company will help the growth of Malaysia’s economy, right?” puji Arman sambil menghirup minuman di tangannya.
Indah Zuryna sekadar tersenyum tawar. Biarpun pujian Arman amat dialu-alukan namun pandangan liar lelaki itu yang tidak disenangi oleh Indah Zuryna. Buaya darat seperti Arman menjengkelkan perasaan Indah Zuryna. Namun untuk mengelak daripada Arman pastinya sukar lebih-lebih lagi Indah Zuryna tidak boleh meninggalkan majlis tersebut.
“By the way Indah, sejak kita jumpa dulu I langsung tak nampak you. Are you that busy until you do not have any free time to call me? Or even a text? Lagipun you dah janji nak keluar dengan I kan?” tukas Arman, tidak berpuas hati dengan sikap Indah Zuryna yang seolah-olah ingin mengelak darinya.
Indah Zuryna jadi serba salah. “Err… I busylah Arman. Banyak benda nak kena settlekan. Lagipun sekarang company I ada projek usahasama dengan Paniran Holdings. Jadi I sibuk dengan meetings dan paperwork…”dalih Indah Zuryna.
“Alah takkan tak ada masa langsung untuk sms I? janji tetap janji Indah!”
Indah Zuryna diam. Ah, kenapalah aku berjanji dengan dia dulu? Sekarang dah menyusahkan diri sendiri! Rungut Indah Zuryna. Arman pula sengaja memasamkan mukanya tanda protes dan menunjukkan rasa merajuk cuba untuk meraih simpati Indah Zuryna. Indah Zuryna sekadar memandang kosong, tiada tanda-tanda mahu memujuk. Malas mahu melayan kerenah Arman. Matanya lebih tertumpu ke arah tetamu yang hadir.
“Sampai hati you Indah!”keluh Arman dengan nada kecewa.
Indah Zuryna tercengang. “Ah??”
“You ni kan, I merajuk pun you buat tak tahu saja. Tak pujuk pun I,” rajuk Arman.
Indah Zuryna menahan gelak. Melihat wajah Arman yang merajuk menggeletek perasaannya. Arman memang lelaki yang tidak tahu malu. Indah Zuryna malas untuk melayan kerenah Arman yang tak ubah seperti anak kecil yang meminta perhatian. Rimas! Mata Indah Zuryna berkalih pada pintu masuk ballroom. Kelibat Tan Sri Mokhtar menarik perhatiannya. Inilah masa yang sesuai untuk lari daripada Arman.
“Sorry ya Arman, I nak jumpa Tan Sri Mokhtar. Kita borak lain kali jelah ye?” kata Indah Zuryna dan terus beredar. Arman terkebil-kebil memandang Indah Zuryna yang meninggalkannya tanpa sempat dia berkata apa. Arman merengus hampa.
“Thank you for coming Tan Sri…”ucap Indah Zuryna sambil menghulur tangan ke arah lelaki yang sudah lebih separuh abad itu.
“My pleasure Tengku. Lagipun ini kan ulangtahun jubli perak Aryani Corporation, takkanlah saya tak datang…”balas Tan Sri Mokhtar mesra.
Indah Zuryna tersenyum senang. “Eh mana Puan Sri? Tak ikut sama ke?”soal Indah Zuryna yang menyedari Puan Sri Mazrin tidak hadir bersama dengan Tan Sri Mokhtar. Selalunya wanita anggun itu sentiasa menemani Tan Sri Mokhtar ke majlis-majlis sebegini. Hairan juga melihat Tan Sri Mokhtar hadir sendirian.
“Oh, Puan Sri ke Melbourne. Anak kedua saya Marissa bersalin. Jadi dia ke sana untuk jaga Marissa. Dah seminggu jugaklah dia kat sana,”beritahu Tan Sri Mokhtar.
“Oh ya ke? By the way, congratulation for the new member in the family.”
Tan Sri Mokhtar tersenyum senang. Memikirkan kehadiran cucu lelaki sulungnya itu hatinya terasa lapang. Bukanlah dia tidak mempunyai cucu lain namun ketiga-tiga mereka adalah perempuan. Anak Marissa merupakan cucu lelaki pertama di dalam keluarganya. Sudah tentu kelahiran Rafik Hafizi membuatkan Tan Sri Mokhtar lega kerana ada waris yang akan mewarisi perniagaannya nanti memandangkan ke empat-empat anaknya adalah perempuan.
Namun seandainya ditakdirkan dia tidak mempunyai pewaris lelaki, Tan Sri Mokhtar tidak ralat kerana dia tahu itu semua ketentuan Illahi. Tan Sri Mokhtar juga tidak ragu-ragu menyerahkan legasinya kepada anak perempuannya atau kepada cucu perempuan. Apatah lagi dunia sekarang wanita juga mampu menerajui sebuah negara, lagikan pula sebuah perusahaan.
“Jadi Tan Sri sendiri la malam ni?”usul Indah Zuryna.
Tan Sri Mokhtar mengukir senyuman sambil menggeleng. “Taklah, hari ini saya datang dengan penasihat saya, my legal advisor….”beritahu Tan Sri Mokhtar. Matanya sempat menangkap sesusuk tubuh yang menghampirinya di sebalik tubuh Indah Zuryna.
“Itupun dia….”
Indah Zuryna menoleh. Matanya membulat. Lelaki di hadapan Indah Zuryna turut terpaku, memandang Indah Zuryna tanpa berkelip. Agak lama mereka berdua di dalam keadaan sebegitu sebelum Tan Sri Mokhtar berdehem beberapa kali. Seakan kembali ke alam nyata, Indah Zuryna mengalihkan pandangannya ke arah Tan Sri Mokhtar, begitu juga Rifqi.
“Tengku…inilah orang yang saya maksudkan tadi. Amer Rifqi ni legal advisor syarikat saya….”
Rifqi menghulurkan tangan untuk berjabat dan disambut dingin oleh Indah Zuryna. Tan Sri Mokhtar dapat mengesan situasi yang agak kekok di antara dua anak muda di hadapannya itu.
“Err..Tengku..Rifqi…saya nak jumpa Tengku Badrul. Kamu berdua berboraklah ya…”usul Tan Sri Mokhtar, tidak mahu tersepit di antara kebisuan mereka berdua. Belum sempat Indah Zuryna berkata apa-apa, Tan Sri Mokhtar terlebih dahulu beredar menuju ke arah Tengku Badrul yang asyik berbual dengan beberapa tetamu.
“Tengku apa khabar?”sapa Rifqi, cuba membuka topik untuk berbual dengan Indah Zuryna yang kelihatan agak kaku bersamanya. Matanya merenung Indah Zuryna yang agak gelisah berdua-duaan dengannya. Mata wanita itu meliar memerhatikan setiap tetamu tanpa berkalih sekalipun kepada Rifqi yang berdiri di hadapannya. Air yang sudah pun separuh diminum juga dibiarkan mengisi gelasnya. Tiada tanda-tanda bahawa Indah Zuryna akan menghabiskan minumannya.
Rifqi menarik nafas perlahan, tidak betah dengan kesunyian yang dicipta oleh pewaris Aryani Corporation itu. Ingin sahaja dia beredar namun pandangan Tan Sri Mokhtar yang kerapkali tertumpu pada mereka berdua membuatkan Rifqi terpaksa bertahan di situ. Bimbang akan menimbulkan rasa curiga Tan Sri Mokhtar akan tindakannya nanti. Tetapi untuk meneruskan perbualan dengan Indah Zuryna juga seakan-akan tiada permulaan yang sesuai apatah lagi wajah wanita itu jelas menunjukkan perasaan tidak senangnya.
“Err…congrats for the anniversary Tengku..”usul Rifqi cuba untuk memancing minat Indah Zuryna berbicara.
Indah Zuryna pantas menoleh, merenung Rifqi tajam. Matanya tepat pada wajah lelaki itu. Amarah yang hampir surut kembali memuncak. Giginya diketap menahan perasaan yang semakin membuak-buak.
“Thank you Encik Amer Rifqi!”tukas Indah Zuryna keras lalu meninggalkan Rifqi terpinga-pinga akan reaksinya secara tiba-tiba itu.
Baru beberapa langkah, Rifqi memaut lengan wanita itu lalu mengheretnya ke sudut yang agak tersembunyi. Wajah marah bercampur terkejut milik Indah Zuryna dipandang dengan perasaan bingung. Rifqi dapat mendengar desah nafas Indah Zuryna yang terkejut kerana diheret begitu. Tidak menyangka Rifqi akan bertindak sedrastik itu barangkali. Pada kotak fikiran Indah Zuryna, pastinya Rifqi tidak berani bertindak sejauh itu di dalam majlis sebegitu namun sangkaannya ternyata meleset sama sekali. Indah Zuryna berharap tiada mata yang menyaksikan adegan itu.
“What’s wrong with you Amer Rifqi?!”tingkah Indah Zuryna geram. Lengan yang dipegang Rifqi terlerai perlahan.
Rifqi memandang Indah Zuryna dengan rasa tidak puas hati. “I’m the one that should ask you about that Tengku. What is wrong with you? Hari tu lagi you marah-marah macam ni. I just don’t get it, Tengku,”bidas Rifqi pula.
Mata Indah Zuryna membulat memandang Rifqi yang masih tidak mengerti punca kemarahannya. Perlahan-lahan terukir senyuman sinis di bibir Indah Zuryna. “You just don’t get it or refuse to understand, Rifqi? And by the way, since when that you’re using honorific towards me? With Tengku by all means? Last two weeks you’re still calling me Indah only right?”
Kening Rifqi berkerut. “Eh, dah memang nama you kan Tengku Indah Zuryna? Selama ni memang semua panggil you Tengku. So apa masalahnya kalau I panggil you macam tu? Sebelum ni pun sebab I tak pernah tahu you siapa sebab tu I buat silly mistake macam tu…”jelas Rifqi.
Mulut Indah Zuryna sedikit ternganga. Ya Allah, sakitnya hati aku! Tingkah Indah Zuryna geram. Matanya dikecilkan memandang Rifqi yang nyata masih tidak dapat mengagak apa yang menyebabkan ketegangan di antara mereka berdua.
“Silly mistake?! Well Encik Amer Rifqi, kerana you dah tahu siapa I, status I jadi persepsi you pada I terus berubah?”
Anggukan Rifqi membuatkan kemarahan Indah Zuryna semakin membara. Digeleng kepalanya perlahan seraya menahan rasa marah di dalam hati agar tidak dihamburkan pada lelaki itu. Indah Zuryna menuding jarinya tepat ke muka Rifqi membuatkan Rifqi tersentak.
“You listen here Amer Rifqi. Kalau I nak you panggil I dengan nama Tengku, I takkan pernah memperkenalkan diri I sebagai Indah Zuryna tapi Tengku Indah Zuryna…You faham tak? This is really phathetic Amer Rifqi!”ujar Indah Zuryna sambil menekankan perkataan Indah Zuryna sekeras-kerasnya agar Rifqi sedar akan kesilapannya.
Rifqi diam seketika. Cuba memikirkan kembali penjelasan Indah Zuryna. Rifqi jadi tertanya sendiri. Apakah kemarahan wanita itu berpunca daripada peubahan sikapnya dalam menerima siapa Indah Zuryna sebenarnya? Apakah Indah Zuryna marah hanya kerana dia memanggil wanita itu dengan panggilan Tengku? Jadi apakah Indah Zuryna hanya ingin dia bersikap jujur dalam menerima Indah Zuryna tanpa membezakan status wanita itu? Memberi layanan yang sama tanpa mengira siapa dia di dalam pandangan dunia korporat mahupun masyarakat?
“I thought…”
“What have you thought actually totally wrong Amer Rifqi!” pintas Indah Zuryna laju yang seakan mengerti apa yang cuba dikatakan oleh Rifqi.
“Dah tu kenapa you tak berterus terang je hari tu?”soal Rifqi.
“Berterus terang? Pleaselah Rifqi! Takkan benda yang simple macam ni pun you tak boleh nak fikir? Terang lagi bersuluh Rifqi! Semua benda pun kena bagitahu ke? Huh, lelaki macam nilah. Langsung tak peka pada perasaan perempuan!”bidas Indah Zuryna.
Kata-kata Indah Zuryna membuatkan Rifqi mengaru-garu hujung keningnya. “Tak peka apa pula ni? I think in this problem you’re the one being unreasonable. As far as I’m concerned you can just spit out the whole thing but instead doing that you just being mad out of nowhere,”luah Rifqi menzahirkan rasa tidak puas hati tentang sikap Indah Zuryna menangani situasi tersebut.
Mencerun mata Indah Zuryna memandang Rifqi. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Apakah lelaki itu cuba menyalahkannya kini? “Oh my God! I’m going to lose my mind if this conversation not going to ended. Enough is enough Rifqi. You can do and think as you wish but just leave me alone!”
Indah Zuryna mengatur langkah meninggalkan Rifqi. Rifqi memandang langkah Indah Zuryna dengan mulut ternganga. Rengusan kasar jelas kedengaran keluar dari mulutnya. Sememangnya dia tidak dapat memahami Indah Zuryna. Buat pertama kali dia mengenali seorang wanita yang degil dan bersikap tidak munasabah seperti Indah Zuryna.
No comments:
Post a Comment