Tuesday, December 13, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang





DOA PANJANG UMUR DAN BANYAK HARTA


اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي

“ Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii wa athil hayaatii ‘ala tho’atik wa ahsin ‘amalii wagh-fir lii "

Ya Allah perbanyaklah harta dan anakku serta berkatilah kurnia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku


xde apa yang aku lebih harapkan atau ingin katakan pada 13/12/2011 ni melainkan rasa syukur yang tak tehingga ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan aku bernafas di muka bumi ini...

Apa yang aku harapkan adalah dengan pertambahan umur ni, aku akan semakin dekat dengan Allah s.w.t dan semoga amalanku dapat diterima...

tiada lebih daripada lain yang aku inginkan melainkan kebahagian kedua orang tua aku dan aku berdoa semoga Allah panjangkan umur mereka berdua supaya aku dapat membalas jasa mereka...



tidak ada lagi yang aku inginkan melainkan membahagiakan kedua orang tua aku dan turut mendoakan kebahagian adik beradikku, saudara maraku, sahabat2ku dan semoga kebahagian mereka turut menjadi sebahagian daripada kebahagianku...



Semoga Allah s.w.t melindungi aku, keluargaku, saudara maraku, sahabat2ku dari segala malapetaka dan musibah, jauhkan kami dari kejahatan dan sesungguhnya hanya pada Allah tempat aku memohon perlindungan dan pertolongan...



tidak ada yang lebih aku hasratkan melainkan menemui pasangan hidup yang dapat memimpin tanganku meniti hari2 di masa depan bersama tatkala susah dan senang, tika sihat dan sakit, tika kaya dan miskin dan seseorang yang Allah lebih Mengetahui kesempurnaannya melengkapkan kekurangan aku...



Amin Ya Rabbal Al Amin....

Selamat Ulang Tahun Yg Ke 27 utk aku sendiri



 Yusma Norazreeny Binti Mohd Yusof





3 comments: