Thursday, August 12, 2010

Janji Kekasih

cerita ni memang menarik perhatian aku...sebab storyline dia yang menarik especially apa yg cuba disampaikan adalah mengenai agama Islam dan cara2 nak apply Islam dlm hidup kita..Lakonan Jue yang hanyut dgn dunia memang menjadi dan cmne dia nak berubah...

Sinopsis Janji Kekasih 


menampilkan Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur.
Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah seorang pemilik butik yang berjaya dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubung kait dengan bapa kandungnya, Hashim.
Bosan dengan kerenah ibu-bapanya yang berlumba-lumba untuk memenangi hatinya, Karina mendaftar masuk ke pusat pengajiajn tinggi.
Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikapnya yang malas belajar dan lebih suka menghabiskan masa berseronok dan menghabiskan wang ibu-bapa bersama Zarul, teman lelakinya.
Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihati Karina agar berubah sikap, menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam pelajaran.
Tetapi Karina mengatakan hanya dengan cara inilah dia bebas dari dikongkong sesiapa dan dapat melupakan masalah yang dihadapinya.
Malah, Karina tergamak mengupah Aliyah untuk membuat tugasan kuliahnya walaupun tahu dilema yang dihadapi Aliyah kerana kesempitan wang.
Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani.
Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil.
Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Haji Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar Negara.
Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.
Hati Karina berdebar-debar apabila pertama kali mendengar lagu nasyid yang didendangkan Syah sewaktu latihan untuk persembahan malam kesenian Islam, di mana Aliyah dan Sumayah adalah ahli jawatankuasanya.
Mesej ketuhanan yang disampaikan Shah, benar-benar mententeramkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk mencari jawapan kepada pergolakkan jiwa yang tidak lagi dapat dibendung.
Kata Aliyah, mimpi-mimpi ngeri dan rasa takut Karina adalah amaran kepadanya untuk bertaubat.
Perkenalannya dengan Syah, semakin mendekatkan jiwanya untuk menghayati Islam. Walaupun tidak menukar penampilannya yang rugged, Karina sudah berupaya untuk mengawal pergerakan sosial seperti menghentikan kunjungan ke disko atau kelab malam dan menghindari rokok, arak dan lumba motorsikal haram. Malah, duit yang diterima juga selalu didermakan untuk kebajikan.
Namun, tidak semua menyenangi perubahan positif diri Karina. Aliyah yang selama ini ada hati dengan Syah terpaksa mengundurkan diri dan redha apabila Syah memilih Karina.
Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrem melanggar Syah hingga dia cedera parah.
Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati.
Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda.
Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.
Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah?

No comments:

Post a Comment