Pernah ta kowang bila nampak sorang pakcik naik motor ngan budak korang akan teringat kat ayah korang? Aku selalu....bila tgk je teringat masa kecik2 dulu tentu aku pun bonceng motor papa aku mcm tu...dan macam mana papa suh aku peluk pinggang dia supaya tak jatuh....Sayangnya dia kat aku......
Pernah tak bila kowang tengok bangunan yang dibina dan tgk pekerja2 dia bekerja di tgh2 panas korang terbayang ayah korang? Aku selalu.....bila tgk je aku mesti sedih bila fikir tentu papa aku bekerja keras demi menyara aku dan family...bgmana dia bekerja utk make sure aku dpt belajar elok2...bgmana dia bank in duit kt aku bila aku ckp xde duit nak makan tp sebenarnya aku nak gi jalan2 ngn kawan2..pernah tak kowang buat mcm tu?huhu...jahat kan aku.....
Pernah tak bila korang dengar lagu Jasa Bonda nyanyian Warisan korang teringat kat mak korang? Aku selalu....bila dengar je mesti terbayang mama aku yang bangun pagi2 masak dan buat kuih....sedangkan aku masa tu sedap je tidur..
Pernah tak bila korang tgk citer pasal anak derhaka korang mesti kutuk2 anak tu kan? Aku pun sama....dalam hati terdetik kata yg aku takkan wat parent aku mcm tu...Tp pernah tak korang sedar bhwa derhaka itu tidak semestinya melalui perbuatan mendera, melupakan ibubapa apabila berjaya, tidak mengaku mereka....padahal hanya dengan berkata uh sahaja menjadikan kita anak derhaka...hanya dengan mengingkari arahan mereka sudah cukup menjadikan kita derhaka....
Ini cuma peringatan sesama sendiri sebab aku pun kadang2 mcm tu gak...ibubapa ni xde pengganti jadi hargailah mereka ketika mereka masih hidup.... ^ ^
aku dan mama masa konvo kt UIA
aku ngan papa masa kt konvo UIA
No comments:
Post a Comment