Monday, July 29, 2013

Keanehan melanda

well well well
ntah sejak bila plak la aku ni develop fobia thadap perkahwinan ni..
sejak dua menjak aku ada "teman tp mesra" ni beria benor aku nak kawin asap
tp 2-3 ari ni takut plak..
aku tgk yg kawin tu tak bahagia pong..pung pang pung pang gaduh tiap2 hari..
padahal kawin tu atas dasar cinta..pelik2..
itu tak pe lagi ada plak panggil bini dia "bangsat"
kalo cenggitu ler atas dasar apa lg perkahwinan tu diteruskan?
asal gaduh je kata mengata..ber aku kau..keluarkan perkataan yg tak elok..
bahagia ke mcm tu?
kalo la hanya percintaan yg menjamin kebahagian di antara dua manusia knapa xkekalkan saja perhubungan tu dlm keadaan yg sama..
kahwin xley menjamin kebahgiaan pong kan? kan?
aku ni xd3lah membenci perkahwinan..kalo benci aku menolak hukum Allah dan sunnah Rasulullah..
tp aku ni jd prejudis sbb beberapa pasang suami isteri yg lebih byk gaduh dr bahagia..
adoiyai..apakah TTM aku mmpu menghilangkan prejudis tu?
emm tunggu dan lihatlah..huhu. .

Wednesday, July 17, 2013

Soalnya Hati



Dalam banyak2 organ manusia yang ada dalam tubuh badan ni yang paling unik dan istimewa sekali dah tentulah HATI

Dalam HATI nilah semua perasaan ada
MARAH
SAYANG
BENCI
RINDU
KASIH
CINTA
...dan macam2 lagi...

Betapa uniknya organ yang bernama HATI ini adalah sebagai manusia kita tidak boleh hidup tanpa HATI..kerana ada HATI yang penuh dengan degupan perasaan maka kita sebagai manusia mempunyai perasaan kemanusiaan.

Apa yang lebih istimewa lagi adalah bila HATI dlm tubuh kita ni mula mencintai dan menyayangi seseorang. Seseorang yang membuatkan hati kita mula rasa cinta, kasih, sayang, rindu, ego, marah, benci, sedih dan sebagainya.

Aku sendiri tak nak bercakap pasal orang lain tp lebih menjurus kepada diri sendiri. Dah lama sebenarnya aku tak mempunyai perasaan menyayangi seseorang.

Rasanya dah hampir SEBELAS tahun kot. Wow! Giler lama hehehe..Kalau pernah ada pacar pun hampir 7 tahun lepas tak adalah aku sampai cinta banget kat dia tp lebih kepada attraction semata-mata. Tp aku bersyukur bagaimana aku dan dia bermula dengan baik, pengakhiran kami juga secara baik. By mutual consent..hehehe

Aku keep on dengan life macam biasa..grad dari UIA tahun 2008. Chambering 4 bulan kt Amin Tan & Co. and quit then jadi pensyarah kat Unikop for 6 month i think..then berhenti. Tup tup wat balik chambering kt kelantan and start from 10 July 2011 aku secara officiall praktis sebagai loyer.

Banyak dah suka duka sepanjang tempoh tu. mengenali beberapa lelaki yang tidak seorang berjaya membuka hati tp sekadar menjadi teman biasa yang di dalam proses utk kenal hati budi.

Bila tak jadi seperti yang diharapkan aku tak menyalahkan sesiapa pun sebab aku tahu siapa aku. Aku seorang yang sangat EGO, TAK SUKA MENGALAH dan boleh katakan aku hidup dengan cara aku sendiri. Orang lain? Aku tak pernah peduli. Aku cuma fikir aku.

DAN

Bila 2013 menjelma, umur makin meningkat ke angka 29 then aku start tertanya2. Apa yang aku nak dalam hidup? Aku dah ada kerjaya, aku dah beli kereta, aku dah bantu family aku walaupun tak seberapa. Aku dah lakukan semampu yang boleh utk bahagiakan org lain.

TAPI

Apa yang aku buat untuk diri aku sendiri? Apa yang aku mahu untuk diri aku sendiri sahaja? Apa yang masih belum menjadi kepunyaan aku secara eksklusif?

JAWAPANNYA

CINTA..hehe...umur yang hampir menjadi 3-series ni dah tentu la sudah tiba masanya utk aku memberikan komitmen pada sebuah perhubungan. Bulan februari tahun 2013 yang membuatkan aku rasa aku perlu serius tentang soal jodoh..hehehe

Sesungguhnya Allah swt tidak akan memberikan sesuatu yang kita tak minta. Doaku, niatku ditunaikan olehNya.

Terlalu singkat sebenarnya perkenalan tu. Terlalu pantas utk dihadam oleh otak fikiran aku.

Tp memandangkan HATI ni sangatlah unik dan istimewa atau bagi pendapat aku tersangatlah PELIK, si dia berjaya menawan hati. tidak perlu menjadi romantik atau melayan aku seperti anak raja tp cukup dengan sifat tegas dan berpendirian yang menjadi karisma si dia.

Aku belajar banyak benda dengan dia. Belajar utk mencintai, belajar utk menghargai, belajar utk bertolak ansur, belajar mengawal kemarahan, belajar utk membuang ego aku yang melangit dan belajar utk menerima segala kekurangan dan belajar utk memaafkan.

Sekarang

Aku masih lagi dalam proses utk belajar. Masih dalam proses utk mengenali hati dan budinya. Mungkin dia juga masih dalam proses yang sama. Tak susah tapi tak juga mudah. Perlukan banyak kerjasama dan persefahaman.

GADUH?

Itu sudah tentu. Bukan cinta namanya kalau tak pernah merasa itu semua kan? Ceewaah..giler jiwang.

Perkara paling penting yang aku belajar sepanjang mengenali si dia adalah untuk sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan.

Jangan di tanya apa yang dia dah buat utk kita tapi tanya diri sendiri apa yang kita buat utk dia....