Thursday, August 12, 2010

KFC Hour 8hb Ogos 2010

hehee..sebelum pose aku merengek2 nk gi makan KFC....mama aku on je sbb dia kata xpe, papa rezki lebih bulan ni..yelah bonus masuk sampai 2k lebih..pastu jual pulak buah rambutan yg bnyk kt dlm dusun tu...saje je mengada lebih nak gi makan KFC padahal baru minggu lepas makan..kikiki :-D



masa ni tgh tunggu papa utk solat magrib berjemaah sama2 before ke Pasir Mas utk makan KFC...sempat lagi snap.. ^ ^




















menjamu selera..nyum nyum~~











Mek/Nenek yg ikut sama makan kfc....












aku yg sempat snap sambil2 makan KFC ^ ^








sedapnya....=P~



mama yg gila2 bila tau aku nak snap gmbar dia..hehe...















nak tunjuk kemesraan...haha O_O'









teman nadia beli pen plak o_O"
dlm kete...nak balik da.....

Janji Kekasih

cerita ni memang menarik perhatian aku...sebab storyline dia yang menarik especially apa yg cuba disampaikan adalah mengenai agama Islam dan cara2 nak apply Islam dlm hidup kita..Lakonan Jue yang hanyut dgn dunia memang menjadi dan cmne dia nak berubah...

Sinopsis Janji Kekasih 


menampilkan Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur.
Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah seorang pemilik butik yang berjaya dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubung kait dengan bapa kandungnya, Hashim.
Bosan dengan kerenah ibu-bapanya yang berlumba-lumba untuk memenangi hatinya, Karina mendaftar masuk ke pusat pengajiajn tinggi.
Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikapnya yang malas belajar dan lebih suka menghabiskan masa berseronok dan menghabiskan wang ibu-bapa bersama Zarul, teman lelakinya.
Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihati Karina agar berubah sikap, menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam pelajaran.
Tetapi Karina mengatakan hanya dengan cara inilah dia bebas dari dikongkong sesiapa dan dapat melupakan masalah yang dihadapinya.
Malah, Karina tergamak mengupah Aliyah untuk membuat tugasan kuliahnya walaupun tahu dilema yang dihadapi Aliyah kerana kesempitan wang.
Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani.
Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil.
Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Haji Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar Negara.
Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.
Hati Karina berdebar-debar apabila pertama kali mendengar lagu nasyid yang didendangkan Syah sewaktu latihan untuk persembahan malam kesenian Islam, di mana Aliyah dan Sumayah adalah ahli jawatankuasanya.
Mesej ketuhanan yang disampaikan Shah, benar-benar mententeramkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk mencari jawapan kepada pergolakkan jiwa yang tidak lagi dapat dibendung.
Kata Aliyah, mimpi-mimpi ngeri dan rasa takut Karina adalah amaran kepadanya untuk bertaubat.
Perkenalannya dengan Syah, semakin mendekatkan jiwanya untuk menghayati Islam. Walaupun tidak menukar penampilannya yang rugged, Karina sudah berupaya untuk mengawal pergerakan sosial seperti menghentikan kunjungan ke disko atau kelab malam dan menghindari rokok, arak dan lumba motorsikal haram. Malah, duit yang diterima juga selalu didermakan untuk kebajikan.
Namun, tidak semua menyenangi perubahan positif diri Karina. Aliyah yang selama ini ada hati dengan Syah terpaksa mengundurkan diri dan redha apabila Syah memilih Karina.
Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrem melanggar Syah hingga dia cedera parah.
Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati.
Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda.
Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.
Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah?

Wednesday, August 4, 2010

Kesengsaraan menyiapkan video....

huh....utk program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita di Gua Musang 7/8/2010 ni kiteorang bdk cham ni kena sediakan satu drama yg mengisahkan kesengsaraan wanita dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah rumahtangga dengan cara yang betul mengikut undang-undang....

alkisahnya, aku dpt le watak ibu mertua+editor utk wat vid tu guna movie maker sbb ramai yg tak reti guna benda alah tu..aku pon xkisah...memandangkan aku cuti ahad dan senin so watak tu digantikan Zai...aku xkisah sbb bila aku tgk vid tu dia memang seswai...hahahaha

dan semalam aku dpt la vid2 tu utk di edit..malam td aku memulakan keje2 sbg editor yg xbertauliah menggunakan pc aku yg dah bengong tu sbb nak buka apa2 prog kena guna task manager [desktop langsung xde pape, taskbar pon ilang]....da la komputer tu time2 edit la wat bengong nak hang la apa...aku siap bukak RAM dia tu pastu gosok dia punya cip tu then pasang balik baru okay [cara yg bdk engine ajar aku kalo komputer bengong ^ ^]

dlm laptop aku plak movie maker tu xley guna sbb hardware tak support menatang haram apa ntah...da kol 12 lebih tp xsiap lagi..aku mananya spek xpakai, lens tak pakai...wat keje pon sampai salah taip la [nsb bek adik aku tegur nape aku guna tanda = yg sepatutnya -] laptop tu plak aku guna utk convert format vid tu pada avi sbb muvi maker xsupport mp4 [menatam!]

aku da fedap so aku pun on9 tenet and donlod muvi maker utk vista...nak donlod pon makan 1/2jam sbb tenet bengong slow gila babeng....da habis donlod tu nak kol 1 kot..pastu baru aku start edit balik sumer dan masa tu da pukul 4.30pg...O_O'

boley je aku nak edit cmtu je tp xbest la sbb Encik Adhan nak tgk arini...yg RAW pon okay tp aku ni kan sume benda nak kena perfect...[perfectionist la sgt kan T T] so aku da edit sume tu masukkan lagu ala2 kadar je...sbb nak present arini nanti aku akan kemaskan lagi vid tu..

igt nak letak dlm blog tp xdpt la plak..cis pe brg xley upload bagai la kan time2 cmni...T  T


Tuesday, August 3, 2010

Sakit Mata T_T dan HA Rosmizu yg byk ckp ^o^

ye...skali lagi mata kiri aku kena infection sbb pakai contact lense...huhuhu...wat spek tp xsiap lagi...papa suh aku gi klinik amek MC tp xley bwk kete so ajak kazen aku gi...dia yg drive sambil bawak anak2 dia..hehehe

aku tak pernah pegi klinik kesihatan kangkong tu, sampai pening la mana kaunter pendaftaran..mana kaunter saringan [aku xtau ader kaunter ni]....pastu kena letak kad tu sendiri kt dlm bilik H.A....ayoooo...pening aku...

Tak sampai 5min HA tu da panggil nama aku... YUSMA NOR-AZ-REENY...YUSMA NORAZREENY...wah..wah kuatnya panggil nama aku pastu sebut satu2 plak tu..aku tergelak jelah...masuk2 bilik HA tu dia tanya aku nape gelak?aku sengih je..[buat2 tanya plak, panggil nama aku cm ape...huhu] nsb bek HA ni muda trang tang tang..hahaha...galak la plak aku ^ ^

HA: Sakit apa?
Aku: Sakit mata..mungkin infection sbb pakai lense...
HA: [tgk mata aku] Amboi pakai lense...pakai warna apa?
Aku: takda warna la....
HA: mana tahu pakai warna biru ke...[gelak]

Aku ni dlm ati..amboi2 HA ni....

HA: sebelum ni pernah kena tak?
Aku: pernah...
HA: mata tu bertahi tak?
Aku: tak cuma mata tu rasa senak...
HA: so mata tu kabur la?
Aku: Kabur la sebab tak pakai spek [loyer buruk plak aku ^ ^']
HA: betul gak tu.....[gelak]

Aku rasa HA yg bernama Rosmizu ni memang klaka orgnya...hahahahha

HA: sebelum ni doktor bagi ubat apa?
Aku: dia bagi ubat mcm colgate tu...
HA: kat sini pun kita akan bagi ubat yang samalah...satu lagi ubat titik..yg tu awk boley guna banyak kali..tp yg macam ubat gigi tu waktu malam je..awk kena bubuh dlm mata..bukan kat luar...ke awk bubuh kt luar?
Aku: eh kat dlm la...

Dan aku yg innocent masa tu tak fhm double meaning HA tu..bila balik citer kt mama aku baru aku fhm...cis! bubuh dlm bubuh luar la kan.....

HA: okay gi amek ubat kt luar....
Aku: tapi saya nak MC....
HA: amboi nak MC...kerja kat mana?
AKu: Kota Bharu
HA: Kerja apa?
Aku: ......err...chambering
HA: chambering tu keje apa?
Aku: Aaaa....mcm mana ye..kalo saya nak jadi lawyer saya kena chambering 9 bulan....[aku sebenarnya malas nak jawab sbb leceh la nak terangkan o_O']
HA: oww...ni kiranya jadi loyer la....
Aku: Insya-Allah bulan 2 thn depan ^ ^
HA: baru grad ke?
Aku: [Alahai..byk tanya plak ye].....xlah thn 2008....
HA: pastu sebelum ni watpe?
AKu: lecturer..tp saya  boring (puas-kalo dlm dialek kelantan la)so berenti balik kg wat chambering utk praktis...[kononnya lar...]
HA: [sengih cm kambing]... betul tu kalo puas kena berenti

Cececece...HA ni wat lawak plak ye....

HA: Nak mc brapa hari?
Aku: Ntah....
HA:selalunya doktor bagi cuti berapa hari?
Aku: 2 hari...
HA: saya bg dua hari jugak ya...
Aku: 2 hari?Lamanya...[aku kalo boleh nak gi keje..ader mititgation course ari selasa]
HA: [tgk aku sambil sengih]...la ingt awk nak mintak banyak td..hehehe
Aku: terpulanglah.....
HA:nama awk tu betullah ya eja REENY....
Aku; Aah [eh dia igt aku saja eja nama tu nak glamer ke?ish2....]

itulah alkisahnya aku jumpa HA bernama Rosmizu yang klaka tu...Mama aku ckp memang dia tu banyak ckp...lor...cmtu plak ye...hehehe

walo pun dpt MC 2 hari tp arini aku gi keje gak kerana Mitigation Course tu  T_T...