Monday, July 29, 2013

Keanehan melanda

well well well
ntah sejak bila plak la aku ni develop fobia thadap perkahwinan ni..
sejak dua menjak aku ada "teman tp mesra" ni beria benor aku nak kawin asap
tp 2-3 ari ni takut plak..
aku tgk yg kawin tu tak bahagia pong..pung pang pung pang gaduh tiap2 hari..
padahal kawin tu atas dasar cinta..pelik2..
itu tak pe lagi ada plak panggil bini dia "bangsat"
kalo cenggitu ler atas dasar apa lg perkahwinan tu diteruskan?
asal gaduh je kata mengata..ber aku kau..keluarkan perkataan yg tak elok..
bahagia ke mcm tu?
kalo la hanya percintaan yg menjamin kebahagian di antara dua manusia knapa xkekalkan saja perhubungan tu dlm keadaan yg sama..
kahwin xley menjamin kebahgiaan pong kan? kan?
aku ni xd3lah membenci perkahwinan..kalo benci aku menolak hukum Allah dan sunnah Rasulullah..
tp aku ni jd prejudis sbb beberapa pasang suami isteri yg lebih byk gaduh dr bahagia..
adoiyai..apakah TTM aku mmpu menghilangkan prejudis tu?
emm tunggu dan lihatlah..huhu. .

Wednesday, July 17, 2013

Soalnya Hati



Dalam banyak2 organ manusia yang ada dalam tubuh badan ni yang paling unik dan istimewa sekali dah tentulah HATI

Dalam HATI nilah semua perasaan ada
MARAH
SAYANG
BENCI
RINDU
KASIH
CINTA
...dan macam2 lagi...

Betapa uniknya organ yang bernama HATI ini adalah sebagai manusia kita tidak boleh hidup tanpa HATI..kerana ada HATI yang penuh dengan degupan perasaan maka kita sebagai manusia mempunyai perasaan kemanusiaan.

Apa yang lebih istimewa lagi adalah bila HATI dlm tubuh kita ni mula mencintai dan menyayangi seseorang. Seseorang yang membuatkan hati kita mula rasa cinta, kasih, sayang, rindu, ego, marah, benci, sedih dan sebagainya.

Aku sendiri tak nak bercakap pasal orang lain tp lebih menjurus kepada diri sendiri. Dah lama sebenarnya aku tak mempunyai perasaan menyayangi seseorang.

Rasanya dah hampir SEBELAS tahun kot. Wow! Giler lama hehehe..Kalau pernah ada pacar pun hampir 7 tahun lepas tak adalah aku sampai cinta banget kat dia tp lebih kepada attraction semata-mata. Tp aku bersyukur bagaimana aku dan dia bermula dengan baik, pengakhiran kami juga secara baik. By mutual consent..hehehe

Aku keep on dengan life macam biasa..grad dari UIA tahun 2008. Chambering 4 bulan kt Amin Tan & Co. and quit then jadi pensyarah kat Unikop for 6 month i think..then berhenti. Tup tup wat balik chambering kt kelantan and start from 10 July 2011 aku secara officiall praktis sebagai loyer.

Banyak dah suka duka sepanjang tempoh tu. mengenali beberapa lelaki yang tidak seorang berjaya membuka hati tp sekadar menjadi teman biasa yang di dalam proses utk kenal hati budi.

Bila tak jadi seperti yang diharapkan aku tak menyalahkan sesiapa pun sebab aku tahu siapa aku. Aku seorang yang sangat EGO, TAK SUKA MENGALAH dan boleh katakan aku hidup dengan cara aku sendiri. Orang lain? Aku tak pernah peduli. Aku cuma fikir aku.

DAN

Bila 2013 menjelma, umur makin meningkat ke angka 29 then aku start tertanya2. Apa yang aku nak dalam hidup? Aku dah ada kerjaya, aku dah beli kereta, aku dah bantu family aku walaupun tak seberapa. Aku dah lakukan semampu yang boleh utk bahagiakan org lain.

TAPI

Apa yang aku buat untuk diri aku sendiri? Apa yang aku mahu untuk diri aku sendiri sahaja? Apa yang masih belum menjadi kepunyaan aku secara eksklusif?

JAWAPANNYA

CINTA..hehe...umur yang hampir menjadi 3-series ni dah tentu la sudah tiba masanya utk aku memberikan komitmen pada sebuah perhubungan. Bulan februari tahun 2013 yang membuatkan aku rasa aku perlu serius tentang soal jodoh..hehehe

Sesungguhnya Allah swt tidak akan memberikan sesuatu yang kita tak minta. Doaku, niatku ditunaikan olehNya.

Terlalu singkat sebenarnya perkenalan tu. Terlalu pantas utk dihadam oleh otak fikiran aku.

Tp memandangkan HATI ni sangatlah unik dan istimewa atau bagi pendapat aku tersangatlah PELIK, si dia berjaya menawan hati. tidak perlu menjadi romantik atau melayan aku seperti anak raja tp cukup dengan sifat tegas dan berpendirian yang menjadi karisma si dia.

Aku belajar banyak benda dengan dia. Belajar utk mencintai, belajar utk menghargai, belajar utk bertolak ansur, belajar mengawal kemarahan, belajar utk membuang ego aku yang melangit dan belajar utk menerima segala kekurangan dan belajar utk memaafkan.

Sekarang

Aku masih lagi dalam proses utk belajar. Masih dalam proses utk mengenali hati dan budinya. Mungkin dia juga masih dalam proses yang sama. Tak susah tapi tak juga mudah. Perlukan banyak kerjasama dan persefahaman.

GADUH?

Itu sudah tentu. Bukan cinta namanya kalau tak pernah merasa itu semua kan? Ceewaah..giler jiwang.

Perkara paling penting yang aku belajar sepanjang mengenali si dia adalah untuk sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan.

Jangan di tanya apa yang dia dah buat utk kita tapi tanya diri sendiri apa yang kita buat utk dia....

Saturday, June 29, 2013

Eskrem Siam yang Tak Brape Nak Siam

hari ini pagi2 lepas Subuh aku dah bersiap sedia untuk memulakan langkah dan frasa baru dalam hidup..InsyaAllah jika sudah tertulis rezeki di situ 


beria benor aku aku pergi mengambil si Anne dekat Pengkalan Chepa pukul 8.45 pagi dah tercongok kt kedai nama Acson tuh...budak tu plak dok dlm toilet masa aku col dia..tido lagi ke makcik tu? 

 blh plak dia col aku ckp " Bukan janji kol 9 ke?"
Aku : aah tp aku saje dtg awl sbb takut xjumpa tempat nih...

Dia menemani aku pada pukul 10.30 pagi tu sampai la kol 11 lebih kot dengan suasana yg sangat awkward baik aku mahupun si Anne nih..
Mana taknya aku seorang je yg menjadi tetamu VIP tetapi yang menyambutnya hah tu dia..Satu family ko..
Nasib baik si teruna itu encem..bak kata Anne la haha


Sdg aku membawa Umar kesayangan aku seperti drifter professional kerana citer 2fast 2furious itu, Anne yang sentiasa mempunyai idea yg bernas tp sentiasa tidak dapat dibuktikan kesahihannya itu telah mencadangkan sesuatu yang aku rasa agak bernas gak idea itu...

Anne : Kau nak wat keje giler tak?
Aku : Apa dia?
Anne : Jom gi rantau panjang. Aku nak tengok apa yang menarik sgt kt tempat tu smpai menjadi pujaan dan dambaan cinta hatiku..sambil tu blh makan eskrem siam
Aku : Aku ada RM20 je nih..nak beli apa kat sana?
Anne : Ala jalan2 jer..aku pun ada RM7 je nih... Xpe nanti aku blanje ko makan chimchum
Aku :[Dengan muka tak malu lagi berdosa] Ok je..bab chimchum tu yang tak blh tolak..org nak blanje kan..hahahahaha

Maka bermulalah perjalanan kami ke Rantau Panjang itu. Aku sendiri tak pernah nak drive gi sana. ntah rupa cmne lar rantau panjang tu pun aku tak tahu. Tp penuh tawakkal dan tawadduk umpama kami ni residen rantau panjang selama 20 thn maka membawak la aku ke sana dgn yakin...

 

Apabila sampai di sana dengan jakun lagi terujanya aku masuk dlm pasar rantau panjang tuh...Tapi aku rasa semacam je..Aku terfikir plak..Apa hebatnya tempat ni? Ramai giler org kat sini..Kedai dia biasa2 je..Aku tgk sama je macam bandar Pasir Mas yang ibarat hidup segan mati tak mahu tuh..huhuhu [kutuk2 pun tempat aku bermain bermanja gak tuh]


Aku pun tanya si Anne tu lagi.. Kali ini cerita komedi bertukar genre menjadi seram komedi plak ye..
Aku : Ko beria dtg sini sebab nak makan eskrem siam tu je ke? sedap ke?
Anne : Aah saje je jalan2 sini...Sedap tau eskrem tu..
Aku : Apa rupa eskrem tuh?
Anne : Ala eskrem yg ada roti..pulut...bla..bla..
[Kenapa bla..bla..sbb aku rasa bengkek plak ngn Anne nih..Dgn pandangan yg jitu aku tgk dia]
Aku : eskrem yg ader roti, pulut, kacang, jagung tu??
Anne : Aah eskrem tu la..sedap..
Aku : Perlu ke dr Pengkalan Chepa kita dtg Rantau Panjang ni semata2 nak beli eskrem yg ader je dijual kt KBMall tuh???
Anne : Eh ye ke? Ada eh?
Aku tak tau la aku patut gelak atau tak sebenarnya nih...
 

Eskrem ni memang ada dijual di mana2 ye Anne...Dekat pasir mas..tanah merah...kota bharu..bukan di RANTAU PANJANG jer...haissshhhhh

Sudahnya terpaksa la balik.

TETAPI inilah yg semakin sengsara...
Pusing punya pusing tak jumpa jalan keluar plak da..
Pantang ada keter yg plat bukan D ikut..haha
Sampai laluan bas pun kiteorang termasuk..

Aku memang bersumpah la aku takkan dtg tempat tu tnpa kehadiran mama dan papa aku..
Siksa jiwa raga..
Bila nampak gate kastam tu rasa lega giler ok...
What a day..

Nasib baik tak parking kete pastu jalan kaki gi Thailand..
dpt urut best gak tuh...
Hahahaha

 kepada Anne yg excited pasal eskrem tu..
tak payah la beria benor ko nak pegi smpai sempadan Thailand tuh..
kang tak pasal2 kena bom hahahahahaha

Tuesday, June 25, 2013

Nak @ tak nak

dah lama rasanya meninggalkan dunia blog nih..setahun lebih x update..malas betul aku huhu..nak kata bz sgt ngn keje blh je lagi aku main candy crush kt fb tuh hahaha..tp biasalah kalo kemalasan melanda...

byk benda sebenarnya yg berlaku dlm idup aku dlm tempoh aku menyepi diri..byk sgt smpaikan blog aku mungkin akan bandwith reach limit haha giler perasan..

hidup ni tak sentiasa perfect tp yg kurang tu kita blh jdkan ianya manis..depend pada diri kita sendiri mcm mana..

tp aku malas nk citer pjg dlm entry ni sbb aku rasa MOTIF sgt update blog kt pejabat tanah sementara tunggu kes lelong hahahaha..buang tebiat aku..

oklah.. len kali baru aku meroyan dlm ni..byk kot citer sensasi..kalah neelopak kahkahkah