Monday, May 23, 2011

KISAH PENDERHAKAAN


Kalo kita sebut je pasal “derhaka” mesti benda pertama yg terlintas kt dlm fikiran adalah seorang anak yang menderhaka kepada ibubapa. Betul tak? Yelah, even dalam Al Quran sendiri pun Allah ada menyebut tentang derhaka dan bagaimana seorang anak itu dikatakan menderhaka pada ibunya. Malah Rasulullah pun pernah menyebut selepas Allah dan Rasullullah, ibu adalah orang yang patut kamu hormati. Malah Rasulullah menyebut perkataan “ummi” tu sebanyak tiga kali kemudian barulah ayah…Begitulah signifikannya seorang ibu kepada seorang anak.

Allah ada menyebut di dalam Al Quran bahawa jangan sekali pun kita berkata walau dengan hanya “uh” kepada ibu kita kerana itu juga sudah dikatakan menderhaka. Itu baru hanya dengan perkataan bagaimana pula dengan perbuatan? Mungkin juga semua tu boleh berlaku antara sengaja atau tidak sengaja. Sengaja di mana kita sedar perbuatan kita tu telah mengguris hati dan perasaan seorang ibu. Tidak sengaja pula di mana tiba2 sahaja kita terkasar dan kita tidak sedar bahawa kata2 kita tu telah membuatkan ibu kita berkecil hati…Jadi mungkin antara sedar atau tidak sedar kita takkan lari dari membuatkan hati ibu terguris dalam keadaan tidak sengaja.

Itu hal kalau anak menderhaka pada ibu bapa. Tapi persoalan yg aku nak timbulkan adalah bagaimana pula kalau ibu/bapa telah membuatkan perasaan anak terguris ato berkecil hati? Bagaimana pula kita nak melabelkan ibubapa kita? Ibu derhaka? Bapa derhaka? Tak ada istilah tu kan dlm hidup kita? Manusia ni tidak sempurna, dan ibubapa juga manusia biasa di mana mereka juga kadang kala melakukan sesuatu yg dalam sedar tak sedar mengguris perasaan anak2. Apakah anda sebenarnya pernah mengalami? Aku pula cuba bercakap secara general dan bukan dari sudut pandangan peribadi. Soal apakah pernah aku terguris dgn kata2 ibubapa aku, itu tidak perlu dibincangkan secara terbuka. ~_^”

Tetapi kadang2 aku terfikir juga berdasarkan pemerhatian terhadap org di sekeliling aku. Memang benar mereka lebih tua daripada kita dan kita yg lebih muda sbg anak harus hormat kepada mereka. Jangan sesekali menjadi anak derhaka. Jadi apakah mereka berdua lebih tua, mereka berdua yg melahirkan dan mendidik sehingga kita menjadi seperti sekarang, maka mereka berhak utk menyakiti hati anak2? Apakah mereka punya hak utk melukakan hati kita sbg anak?

“Mereka org tua, tak apalah. Sabar saja!”
“Biarlah nak kata apa pun, kita sbg anak terima saja”
“Jangan menjawab, nanti jadi anak derhaka”
“Jangan biarkan airmata ibu menitis, derhakalah kita”
“Jangan guris perasaan ibu, tak berkat hidup kita”

So semua tu adalah perkara biasa yg pernah kita dengar, klise dan stereotype. Even dalam drama2 di TV pun mengutarakan isu yg sama. Benar dan itu adalah realiti dlm hidup kita.

Tapi persoalannya adalah apakah kita sbg anak tidak punya perasaan? Apakah kita tak punya hati utk terguris? Apakah sbg ibubapa mereka berhak utk berkata apa sahaja? Apakah kerana kita sbg anak dan mereka pula ibubapa maka tidak mengapa seandainya perasaan kita diguris dan terluka? Bukankah kita juga manusia biasa yg punya hati dan perasaan? Sama seperti ibubapa kita?

Mungkin kedengaran macam aku ni berkecil hati dengan parent aku. Mungkin ya tapi itukan lumrah. Dengan orang lain pun kita blh terasa dan berkecil hati kan? Bukankah selalunya org yg paling kita sayanglah yang selalu melukakan hati kita? Dan tak perlu menipu kononnya anda xpernah berkecil hati dengan orang tua anda. Mesti ada walau sedikit kan? Tapi kita sbg anak yang mmg sudah dididik dan dibentuk bahawa “Tak apalah, meraka kan ibubapa kita..Kita sbg anak harus menerima dengan hati yang terbuka”

Penyelesaiannya hanya satu:

 KASIH SAYANG. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hubungan sesama manusia yg sememangnya rapuh. Tidak kiralah bgmana kata2 itu telah mengguris hati dan perasaan apa yg penting adalah hati kita terbuka utk menerimanya dan bersedia juga utk meminta maaf. Tidak perlu malu utk memohon maaf tp malulah pada diri sendiri seandainya kita ego utk mengaku apa yg berlaku adalah salah kita sendiri.

P/S: Aku sayang mama dan papa aku ^_^

No comments:

Post a Comment